My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 30

Capital Markets and Services Act 2007 s 30

s 30 Suspension order relating to stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository

(1) Without prejudice to section 12, 27 or 28, where the Minister is satisfied that it is in the public interest, or it is appropriate to do so for the protection of investors or for the proper regulation of a stock exchange, a futures exchange, an approved clearing house or a central depository, the Minister may, on the recommendation of the Commission, make an order (β€œsuspension order”) relating to all or any of the following: (a) the functions of the board of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository, or any member of its board; (b) the functions of any committee (including a subcommittee) established by a board referred to in paragraph (a); or (c) the functions of the principal officer, by whatever name called, who is responsible for the conduct of the business and operations of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository, as the case may be. (2) For so long as a suspension order is in force, the following provisions shall apply: (a) none of the functions to which the order relates shall be performed by any board, committee or officer thereof; (b) any function to which paragraph (a) applies may be performed by such person as shall be specified in the order in relation to that function; and (c) a person referred to in paragraph (a) shall not, by act or omission, either directly or indirectly, affect the manner in which functions therein referred to are performed unless the person to perform the functions under paragraph (b) requests for his assistance. (3) Subject to subsection (6), a suspension order shall continue in force for such period, being a period not exceeding six months, as shall be specified in the order. (4) A suspension order or any extension thereof under subsection (6) shall take effect when a copy of the order or notice of the extension is served under paragraph (7)(a) on the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository to which the order relates. (5) Without prejudice to subsection (4), where a suspension order is made or such an order is extended under subsection (6), the Commission shall, where it is practicable to do so, as soon as may be practicable, give a copy of the order or the notice of its extension, as the case may be, to the principal officer of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository to which the order relates and to such members of the governing body thereof (if any) as the Commission may consider appropriate in the circumstances. (6) The Minister may, on the recommendation of the Commission, extend the period during which a suspension order is to remain in force for any further periods each not exceeding three months. (7) Where a suspension order is made or extended under this section, the Commission shallβ€” (a) forthwith serve a copy of the order or notice in writing of the extension on the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository to which the order relates; and (b) cause the suspension order or the notice of the extension, as the case may be, to be published in the Gazette. (8) A person who contravenes a suspension order issued under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. (9) For the purposes of this section, β€œprincipal officer” includes a person, by whatever name called, who either individually or jointly with one or more other persons, is responsible for the conduct of the business and the administration of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository.

Malay text (authoritative)

Perintah penggantungan yang berhubungan dengan bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 12, 27 atau 28, jika Menteri berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan awam, atau sesuai untuk berbuat sedemikian bagi melindungi pelabur atau bagi pengawalseliaan yang sepatutnya sesuatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat suatu perintah (β€œperintah penggantungan”) yang berhubungan dengan semua atau mana-mana yang berikut: (a) fungsi lembaga bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, atau manamana anggota lembaganya; (b) fungsi mana-mana jawatankuasa (termasuk jawatankuasa kecil) yang ditubuhkan oleh lembaga yang disebut dalam perenggan (a); atau (c) fungsi pegawai utama, dengan apa jua nama yang disebut, yang bertanggungjawab bagi penjalanan urus niaga dan pengendalian bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Selagi suatu perintah penggantungan berkuat kuasa, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (a) tiada suatu pun fungsi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh dilaksanakan oleh mana-mana lembaga, jawatankuasa atau pegawainya; (b) mana-mana fungsi yang baginya perenggan (a) terpakai boleh dilaksanakan oleh mana-mana orang yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu berhubung dengan fungsi itu; dan (c) seseorang yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh, melalui perbuatan atau peninggalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menyentuh cara yang fungsi yang disebut dalam perintah itu dilaksanakan melainkan jika orang yang akan melaksanakan fungsi itu di bawah perenggan (b) meminta bantuannya. (3) Tertakluk kepada subseksyen (6), suatu perintah penggantungan hendaklah terus berkuat kuasa selama apa-apa tempoh, iaitu suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, yang ditentukan dalam perintah itu. (4) Suatu perintah penggantungan atau apa-apa pelanjutannya di bawah subseksyen (6) hendaklah mula berkuat kuasa apabila suatu salinan perintah atau notis pelanjutan itu disampaikan di bawah perenggan 7(a) kepada suatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat yang dimaksudkan oleh perintah itu. (5) Tanpa menjejaskan subseksyen (4), jika suatu perintah penggantungan dibuat atau perintah sedemikian dilanjutkan di bawah subseksyen (6), Suruhanjaya hendaklah, jika dapat dilaksanakan sedemikian, secepat yang dapat dilaksanakan, memberikan suatu salinan perintah itu atau notis pelanjutannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pegawai utama bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat yang dimaksudkan oleh perintah itu dan kepada mana-mana anggota badan pentadbir (jika ada) sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya mengikut hal keadaan. (6) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melanjutkan tempoh yang perintah penggantungan itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh selanjutnya yang setiap satunya tidak melebihi tiga bulan. (7) Jika suatu perintah penggantungan dibuat atau dilanjutkan di bawah seksyen ini, Suruhanjaya hendaklahβ€” (a) dengan segera menyampaikan suatu salinan perintah atau notis secara bertulis tentang pelanjutan itu kepada bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat yang dimaksudkan oleh perintah itu; dan (b) menyebabkan perintah penggantungan itu atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan dalam Warta. (8) Seseorang yang melanggar suatu perintah penggantungan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (9) Bagi maksud seksyen ini, β€œpegawai utama” termasuklah seseorang, dengan apa jua nama yang disebut, yang sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang atau lebih orang lain, adalah bertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan pentadbiran bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 2 β†’

Find Act 671 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next