My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 301

Capital Markets and Services Act 2007 s 301

s 301 Duty of trustee to wind up scheme

(1) Where a management company is in liquidation or where, in the opinion of the trustee, a management company has ceased to carry on business or has, to the prejudice of the unit holders, failed to comply with any provision or covenant of the deed or contravened any of the provisions of this Act, the trustee shall call a meeting of the unit holders— (a) by sending by post a notice of the proposed meeting at least twenty-one days before the date of the proposed meeting, to each unit holder at the unit holder’s last known address or, in the case of joint unit holders, to the joint unit holder whose name stands first in the records of the management company at the joint unit holder’s last known address; and (b) by publishing, at least twenty-one days before the date of the proposed meeting, an advertisement giving notice of the meeting in a national language national daily newspaper and in one other newspaper as may be approved by the Commission. (2) If at any meeting called under subsection (1), a resolution is passed by a majority in number representing at least threefourths of the value of the units held by unit holders voting at the meeting that the unit trust scheme or prescribed investment scheme be wound up, the trustee shall apply to the court for an order confirming the resolution. (3) The court, on an application by the trustee, if satisfied that it is in the interest of the unit holders, may confirm the resolution and may make such orders as it thinks necessary or expedient for the winding-up of the unit trust scheme or prescribed investment scheme. (4) A trustee who contravenes subsection (1) or (2) shall not be guilty of an offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan pemegang amanah untuk menggulung skim

(1) Jika suatu syarikat pengurusan dalam pelikuidasian atau jika, pada pendapat pemegang amanah, suatu syarikat pengurusan telah terhenti daripada menjalankan perniagaan atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, sehingga memudaratkan pemegang unit, pemegang amanah itu hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit— (a) dengan menghantar suatu notis melalui pos tentang mesyuarat yang dicadangkan itu sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat pemegang unit yang terakhir diketahui atau, dalam hal pemegang unit bersama, kepada pemegang unit bersama yang namanya tertera pertama sekali dalam rekod syarikat pengurusan itu di alamat pemegang unit bersama yang terakhir diketahui; dan (b) dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan, dan dalam satu akhbar lain sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. (2) Jika dalam mana-mana mesyuarat yang dipanggil di bawah subseksyen (1), suatu ketetapan diluluskan oleh majoriti daripada bilangan yang mewakili sekurang-kurangnya tiga per empat daripada nilai unit yang dipegang oleh pemegang unit yang mengundi dalam mesyuarat itu supaya skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu digulung, pemegang amanah itu hendaklah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah yang mengesahkan ketetapan itu. (3) Mahkamah, atas permohonan oleh pemegang amanah itu, jika berpuas hati bahawa ketetapan itu adalah demi kepentingan pemegang unit, boleh mengesahkan ketetapan itu dan boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi penggulungan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu. (4) Pemegang amanah yang melanggar subseksyen (1) atau (2) tidak melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next