My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 305

Capital Markets and Services Act 2007 s 305

s 305 Duty of management company to call meeting of unit holders

(1) A management company shall call for a meeting of unit holders if— (a) not less than fifty unit holders or one-tenth of all unit holders direct the management company to do so; (b) the direction is given to the management company in writing at its registered office; and (c) the purpose of the meeting is— (i) to consider the most recent financial statements of the unit trust scheme or prescribed investment scheme; (ii) to give to the trustee such directions as the meeting thinks proper; or (iii) to consider any other matter in relation to the deed. (2) Where a management company is required to call a meeting under subsection (1), it shall do so within twenty-one days after the direction is given to the management company in writing at its registered office. (3) Where a management company is required to call a meeting under subsection (1) or pursuant to any provision or covenant of the deed, it shall give notice of the time and place of the meeting— (a) by sending by post a notice of the proposed meeting at least seven days before the date of the proposed meeting, to each unit holder at the unit holder’s last known address or, in the case of joint unit holders, to the joint unit holder whose name stands first in the records of the management company at the joint unit holder’s last known address; and (b) by publishing, at least fourteen days before the date of the proposed meeting, an advertisement giving notice of the meeting in a national language national daily newspaper and in one other newspaper as may be approved by the Commission. (4) A meeting summoned in accordance with a provision or covenant contained in a deed shall be held at the time and place specified in the notice and advertisement, being a time not later than two months after the giving of the notice and— (a) be chaired by such person as is appointed in that behalf by the unit holders that are present at the meeting; or (b) where no such appointment is made, be chaired by a nominee of the trustee, and shall be conducted in accordance with the deed or, if the deed makes no provision, as directed by the chairman of the meeting. (5) A notice of meeting posted to a unit holder shall be taken as given three days after it is posted, unless the deed provides otherwise. (6) A management company who contravenes subsection (1), (2) or (3) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan syarikat pengurusan memanggil mesyuarat pemegang unit

(1) Sesuatu syarikat pengurusan hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit jika— (a) tidak kurang daripada lima puluh pemegang unit atau satu per sepuluh daripada semua pemegang unit mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk berbuat demikian; (b) arahan itu diberikan kepada syarikat pengurusan secara bertulis di pejabat berdaftarnya; dan (c) maksud mesyuarat itu adalah— (i) untuk menimbangkan penyata kewangan yang terbaru skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu; (ii) untuk memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mesyuarat kepada pemegang amanah; atau (iii) untuk menimbangkan apa-apa perkara lain berhubung dengan surat ikatan itu. (2) Jika suatu syarikat pengurusan dikehendaki supaya memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1), syarikat pengurusan itu hendaklah berbuat demikian dalam masa dua puluh satu hari selepas arahan itu diberikan kepada syarikat pengurusan itu secara bertulis di pejabat berdaftarnya. (3) Jika suatu syarikat pengurusan dikehendaki supaya memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau menurut mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan itu, syarikat pengurusan itu hendaklah memberikan notis tentang masa dan tempat mesyuarat itu— (a) dengan menghantar suatu notis melalui pos tentang mesyuarat yang dicadangkan itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat pemegang unit yang terakhir diketahui atau, dalam hal pemegang unit bersesama, kepada pemegang unit bersesama yang namanya tertera pertama sekali dalam rekod syarikat pengurusan itu di alamat pemegang unit bersesama yang terakhir diketahui; dan (b) dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan, dan dalam satu akhbar lain sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. (4) Suatu mesyuarat yang dipanggil mengikut suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam suatu surat ikatan hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis dan iklan itu, yang hendaklah merupakan suatu masa yang tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu dan— (a) dipengerusikan oleh mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh pemegang unit yang hadir di mesyuarat itu; atau (b) jika pelantikan berkenaan tidak dibuat, dipengerusikan oleh seorang penama pemegang amanah, dan hendaklah dijalankan mengikut surat ikatan itu atau, jika surat ikatan itu tidak membuat apa-apa peruntukan, sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat itu. (5) Suatu notis mesyuarat yang diposkan kepada pemegang unit hendaklah dianggap sebagai diberikan tiga hari selepas notis itu diposkan, melainkan jika surat ikatan itu memperuntukkan selainnya. (6) Sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next