My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 317

Capital Markets and Services Act 2007 s 317

s 317 Duty of chief executive and directors of listed corporation to disclose interests in securities

(1) Unless exempted by the Commission in writing, a person who is a chief executive or director of a listed corporation who has an interest in the securities of such listed corporation or any of its associated corporation shall notify the listed corporation in writing— (a) of the subsistence of his interests at that time; and (b) the extent of his interests in the listed corporation or associated corporation of the listed corporation at that time. (2) A chief executive or director of a listed corporation shall notify the listed corporation immediately in writing of the occurrence, while he is a chief executive or director of the listed corporation, of any of the following events: (a) any event in consequence of which he becomes, or ceases to be, interested in securities in the listed corporation or any associated corporation of the listed corporation; (b) the entering into by him of a contract to purchase or sell any securities in the listed corporation or any associated corporation of the listed corporation in which he has an interest; (c) the assignment by him to any other person of a right granted to him by the listed corporation to subscribe for securities in the listed corporation; (d) the grant to him by another corporation, being an associated corporation of the listed corporation, of a right to subscribe for securities in that associated corporation, the exercise of such a right granted to him and the assignment by him to any other person of such a right so granted; and (e) any event in consequence of which a corporation becomes an associated corporation of the listed corporation where immediately after the event he has an interest in the securities of the corporation. (3) Subsection (2) does not require the notification by a person of the occurrence of an event which comes to his knowledge after he had ceased to be a chief executive or director. (4) Where the Commission deems it necessary for the administration of securities laws, the Commission may require the listed corporation to provide the Commission such information that is notified under subsection (1) or (2). (5) For the purpose of this section— (a) “chief executive” and “director” include a spouse, child or parent of the chief executive or director; and (b) an exemption granted to a chief executive or director under subsection (1) shall not exempt the chief executive or director concerned from having to comply with section 135 of the Companies Act 1965.

Malay text (authoritative)

Kewajipan ketua eksekutif dan pengarah perbadanan tersenarai untuk menzahirkan kepentingan dalam sekuriti

(1) Melainkan jika dikecualikan oleh Suruhanjaya secara bertulis, seseorang yang merupakan ketua eksekutif atau pengarah suatu perbadanan tersenarai, yang mempunyai kepentingan dalam sekuriti perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan bersekutunya dengan perbadanan tersenarai itu hendaklah memberitahu perbadanan tersenarai itu secara bertulis— (a) tentang kewujudan kepentingannya pada masa itu; dan (b) takat kepentingannya dalam perbadanan tersenarai itu atau perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu pada masa itu. (2) Ketua eksekutif atau pengarah sesuatu perbadanan tersenarai hendaklah memberitahu perbadanan tersenarai dengan serta-merta secara bertulis mengenai berlakunya, semasa dia menjadi ketua eksekutif atau pengarah perbadanan tersenarai itu, mana-mana kejadian yang berikut: (a) apa-apa kejadian yang akibat daripadanya dia menjadi berkepentingan, atau terhenti daripada mempunyai kepentingan, dalam sekuriti perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu; (b) pembuatan kontrak olehnya untuk membeli atau menjual apa-apa sekuriti dalam perbadanan tersenarai itu atau mana-mana perbadanan yang bersekutu dengan perbadanan yang disenaraikan yang dalamnya dia mempunyai suatu kepentingan; (c) penyerahhakan olehnya kepada mana-mana orang lain suatu hak yang diberikan kepadanya oleh perbadanan tersenarai itu untuk melanggan sekuriti dalam perbadanan tersenarai itu; (d) pemberian kepadanya oleh suatu perbadanan lain, yang berupa suatu perbadanan bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu, suatu hak untuk melanggan sekuriti dalam perbadanan bersekutu itu, penjalanan hak sedemikian yang diberikan kepadanya dan penyerahhakan olehnya kepada mana-mana orang lain hak sedemikian yang telah diberikan itu; dan (e) apa-apa kejadian yang akibat daripadanya suatu perbadanan menjadi suatu perbadanan yang bersekutu bagi perbadanan tersenarai itu, jika sebaik selepas kejadian itu dia mempunyai kepentingan dalam sekuriti perbadanan itu. (3) Subseksyen (2) tidak menghendaki pemberitahuan oleh seseorang tentang berlakunya sesuatu kejadian yang sampai ke pengetahuannya selepas dia terhenti menjadi ketua eksekutif atau pengarah. (4) Jika Suruhanjaya fikirkan perlu bagi pengurusan undangundang sekuriti, Suruhanjaya boleh menghendaki suatu perbadanan tersenarai untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat yang mana telah diberitahu di bawah subseksyen (1) dan (2). (5) Bagi maksud seksyen ini— (a) “ketua eksekutif” dan “pengarah” termasuklah suami atau isteri, anak atau ibu bapa ketua eksekutif atau pengarah itu; dan (b) pengecualian yang diberikan kepada ketua eksekutif atau pengarah di bawah subseksyen (1) tidak mengecualikan ketua eksekutif atau pengarah yang dimaksudkan daripada mematuhi seksyen 135 Akta Syarikat 1965.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next