My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 323

Capital Markets and Services Act 2007 s 323

s 323 Recognition of a self-regulatory organization

(1) The Commission may, with the concurrence of the Minister, where it thinks appropriate in the public interest or for the protection of investors by notice published in the Gazette, declare a person to be a recognized self-regulatory organization, subject to such terms and conditions as the Commission thinks fit, if it is satisfied that— (a) the person in discharging its obligation under section 324 will not act contrary to the public interest and in particular the interest of investors; (b) the person shall be able to take appropriate action against its members and any person to whom the rules apply to; (c) the person has sufficient financial, human and other resources to carry out its functions; (d) the person is fit and proper and satisfies the criteria or standards referred to in section 64, or any rules of the stock exchange or futures exchange, as the case may be; (e) the person is managed by officers who are fit and proper and who satisfy the criteria or standards referred to in section 65, or any rules of the stock exchange or futures exchange or any applicable guidelines, as the case may be; (f) the person has competent personnel for the carrying out of its functions; and (g) the rules of the person make satisfactory provision— (i) to promote investor protection; (ii) to promote fair treatment of its members and any person who applies for membership; (iii) to exclude a person who is not fit and proper from being its member or being appointed as its chief executive, director or officer; (iv) to promote proper regulation and supervision of its members; (v) to promote appropriate standards of conduct of its members; (vi) to manage any conflict of interest that may arise between its interest and the interest referred to in subsection 324(1); (vii) to ensure that there is a fair representation of members in its governing body; (viii) to ensure that its members and officers duly comply with the securities laws, regulations and guidelines issued by the Commission and where relevant, the rules of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository; (ix) to prevent the usage of any information by its members or officers that may result in such member or officer making an unfair gain; (x) for the expulsion, suspension, disciplining or sanctioning of a member in the event a member contravenes the securities laws, regulations and guidelines issued by the Commission and where relevant, the rules of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository; and (xi) to allow an aggrieved member to appeal against any decision of the recognized self-regulatory organization. (2) The Commission may, in declaring a person to be a recognized self-regulatory organization, require such person to provide any information to the Commission as the Commission considers necessary. (3) A person who— (a) with intent to deceive, makes or furnishes; or (b) knowingly authorizes or permits the making or furnishing of, any false or misleading statement or report with respect to the information submitted to the Commission referred to in subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Pengiktirafan organisasi pengawalseliaan sendiri

(1) Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, jika difikirkannya sesuai demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur melalui notis yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan seseorang itu sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan patut, jika ia berpuas hati bahawa— (a) orang itu dalam menunaikan obligasinya di bawah seksyen 324 tidak akan bertindak berlawanan dengan kepentingan awam dan khususnya kepentingan pelabur; (b) orang itu hendaklah dapat mengambil tindakan yang sesuai terhadap anggotanya dan mana-mana orang yang baginya kaedah-kaedah terpakai; (c) orang itu mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya; (d) orang itu layak dan sesuai dan memenuhi kriteria atau piawaian yang disebut dalam seksyen 64, atau apa-apa kaedah-kaedah bursa saham atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (e) orang itu diuruskan oleh pegawai yang layak dan sesuai dan yang memenuhi kriteria atau piawaian yang disebut dalam seksyen 65, atau mana-mana kaedah-kaedah bursa saham atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (f) orang itu mempunyai kakitangan yang cekap untuk menjalankan fungsinya; dan (g) kaedah-kaedah orang itu mempunyai peruntukan yang memuaskan— (i) untuk menggalakkan pelindungan pelabur; (ii) untuk menggalakkan pemerlakuan adil terhadap anggotanya dan mana-mana orang yang memohon keanggotaan; (iii) untuk tidak memasukkan seseorang yang tidak layak dan sesuai daripada menjadi anggotanya atau dilantik sebagai ketua eksekutif, pengarah atau pegawainya; (iv) untuk menggalakkan pengawalseliaan dan pengawasan yang sewajarnya ke atas anggotanya; (v) untuk menggalakkan piawaian perlakuan yang bersesuaian ke atas anggotanya; (vi) untuk menguruskan apa-apa percanggahan kepentingan yang mungkin timbul antara kepentingannya dengan kepentingan yang disebut dalam subseksyen 324(1); (vii) u n t u k m e m a s t i k a n b a h a w a t e r d a p a t pewakilan keanggotaan yang adil dalam badan pentadbirannya; (viii) untuk memastikan bahawa anggota dan pegawainya mematuhi dengan sewajarnya undang-undang sekuriti, peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; (ix) untuk menghalang penggunaan apa-apa maklumat oleh anggota atau pegawainya yang boleh mengakibatkan anggota atau pegawai itu membuat keuntungan yang tidak adil; (x) bagi pemecatan, penggantungan, pendisiplinan atau penghukuman seseorang anggota sekiranya seseorang anggota melanggar undang-undang sekuriti, peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; dan (xi) untuk membenarkan anggota yang terkilan merayu terhadap apa-apa keputusan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf. (2) Suruhanjaya boleh, dalam mengisytiharkan seseorang sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, menghendaki orang itu untuk menyediakan apa-apa maklumat kepada Suruhanjaya sebagaimana yang dianggap perlu oleh Suruhanjaya. (3) Seseorang yang— (a) dengan niat untuk menipu, membuat atau memberikan; atau (b) dengan diketahui memberi kuasa atau membenarkan dibuat atau diberikan, apa-apa pernyataan atau laporan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next