My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 356

Capital Markets and Services Act 2007 s 356

s 356 Powers concerning compliance with conditions of licence, etc., by licensed persons

(1) Where a licensed person— (a) contravenes or fails to comply with, observe, enforce or give effect to any requirement or provision of this Act, any securities laws, written notice, guidelines, any condition of, or restriction on, a licence granted under or pursuant to this Act; or (b) performs or omits to perform any act in respect of any business carried on by the licensed person pursuant to a licence granted under or pursuant to this Act, that is likely to— (i) jeopardize the interests of the clients of the licensed person; or (ii) be prejudicial to the public interest, that licensed person has committed a breach. (2) If a licensed person has committed a breach and the Commission is satisfied that it is appropriate in all the circumstances to take action against that licensed person, the Commission may take any one or more of the following actions: (a) direct the person in breach to comply with, observe, enforce or give effect to any requirement or provision of this Act, any securities laws, any guidelines, written notice, any condition of, or restriction on, a licence granted under or pursuant to this Act, as the case may be; (b) impose a penalty in proportion to the severity or gravity of the breach on the person in breach, but which in any event shall not exceed five hundred thousand ringgit; (c) reprimand the person in breach; (d) require the person in breach to take such steps as the Commission may direct to remedy the breach or to mitigate the effect of such breach, including making restitution to any other person aggrieved by such breach. (3) The Commission shall not take any action under subsection (2) without giving the person in breach an opportunity to be heard. (4) For the purposes of paragraph (2)(d), in the determination of whether restitution is to be made by a person in breach, the Commission shall have regard to— (a) the profits that have accrued to such person in breach; or (b) whether any person has suffered loss or been otherwise adversely affected as a result of the breach. (5) Where the Commission takes an action under subsection (2) against any person under the rules of the stock or futures exchange, an approved clearing house or a central depository, the Commission shall serve a written notice on the stock or futures exchange, the approved clearing house or the central depository, as the case may be, of the grounds and the proposed action to be taken by the Commission. (6) Nothing in this section shall preclude the Commission from taking any of the actions that it is empowered to take under this Act or any securities laws against the person in breach. (7) Where a person has failed to pay a penalty imposed by the Commission under paragraph (2)(b), the penalty imposed by the Commission may be sued for and recovered as a civil debt due to the Government of Malaysia. (8) Without prejudice to any other remedy, where a direction under paragraph (2)(d) had required the person in breach to make restitution in the form of monetary payment, and the person in breach fails to pay the restitution, the Commission may sue for and recover the restitution as a civil debt due to the persons aggrieved by the breach. (9) To the extent that any of the amount obtained under paragraph (2)(d) or subsection (8) has not been distributed due to the difficulty of ascertaining or notifying the aggrieved persons, such amount shall be— (a) paid to the compensation fund or fidelity fund maintained under Part IV, as the case may be; or (b) retained by the Commission to defray the costs of regulating the capital market, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine.

Malay text (authoritative)

Kuasa berkenaan dengan pematuhan syarat lesen, dsb., oleh orang berlesen

(1) Jika mana-mana orang berlesen— (a) melanggar atau tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana kehendak atau peruntukan Akta ini, mana-mana undang-undang sekuriti, notis bertulis, garis panduan, mana-mana syarat, atau sekatan ke atas, lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini; atau (b) melaksanakan atau meninggalkan daripada melaksanakan apa-apa perbuatan berkenaan dengan apa-apa urusan yang dijalankan oleh orang berlesen menurut lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini, yang berkemungkinan— (i) membahayakan kepentingan klien orang berlesen itu; atau (ii) menjejaskan kepentingan awam, orang berlesen itu telah melakukan suatu kemungkiran. (2) Jika seseorang orang berlesen telah melakukan suatu kemungkiran dan Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah wajar dalam segala hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang berlesen itu, Suruhanjaya boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut: (a) mengarahkan orang yang mungkir supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan apa-apa kehendak atau peruntukan Akta ini, mana-mana undang-undang sekuriti, mana-mana garis panduan, notis bertulis, mana-mana syarat, atau sekatan ke atas, lesen yang diberikan di bawah atau menurut Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan beratnya kesan kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit; (c) mencela orang yang mungkir itu; (d) menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya untuk meremedi atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu. (3) Suruhanjaya tidak boleh mengambil mana-mana tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar. (4) Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada restitusi kena dibuat oleh orang yang mungkir, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira— (a) keuntungan yang telah terakru kepada orang yang mungkir itu; atau (b) sama ada mana-mana orang telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu. (5) Jika Suruhanjaya mengambil suatu tindakan di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang di bawah kaedah-kaedah bursa saham atau bursa niaga hadapan, suatu pusat penjelasan diluluskan atau suatu depositori pusat, Suruhanjaya hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada bursa saham atau bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tentang alasan dan cadangan tindakan yang hendak diambil oleh Suruhanjaya. (6) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir. (7) Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan (2)(b), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia. (8) Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan (2)(d) telah menghendaki orang yang mungkir untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir gagal untuk membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman dan mendapatkan restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu. (9) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (8) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memaklumkan orang yang terkilan, amaun itu hendaklah— (a) dibayar kepada tabung pampasan atau tabung kesetiaan yang disenggarakan di bawah Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next