My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 384

Capital Markets and Services Act 2007 s 384

s 384 Savings in respect of licences issued under the repealed Acts

(1) Without prejudice to the generality of section 381 and subject to the provisions of this Act— (a) a person who holds any of the following licences immediately before the effective date shall, from that date, be deemed to hold a Capital Markets Services Licence or Capital Markets Services Representative’s Licence, as the case may be, in respect of the regulated activity which that person was carrying on under the first-mentioned licence: (i) a futures broker’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (ii) a futures fund manager’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (iii) a futures trading adviser’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (iv) a dealer’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; (v) a fund manager’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; (vi) an investment adviser’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; (vii) a futures broker’s representative’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (viii) a futures fund manager’s representative’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (ix) a futures trading adviser’s representative’s licence granted under the repealed Futures Industry Act 1993; (x) a dealer’s representative’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; (xi) a fund manager’s representative’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; or (xii) an investment representative’s licence granted under the repealed Securities Industry Act 1983; and (b) any condition or restriction to which any licence referred to in paragraph (1)(a) was subject immediately before the effective date, to the extent that it is consistent with the provisions of this Act, shall be deemed to be a condition or restriction to which the corresponding licence referred to in paragraph (1)(a) is subject. (2) For the purposes of subsection (1), where a person holds an investment adviser’s license granted under the repealed Securities Industry Act 1983 immediately before the effective date and who is authorized to carry on the business of— (a) advising others concerning securities other than advising on corporate finance, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Licence in respect of the regulated activity of investment advice; (b) advising on corporate finance, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Licence in respect of the regulated activity of advising on corporate finance; or (c) analysing the financial circumstances of another person and provides a plan to meet that other person’s financial needs and objectives, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Licence in respect of the regulated activity of financial planning, respectively under the corresponding provisions of this Act. (3) For the purposes of subsection (1), where a person holds an investment adviser’s representative’s license granted under the repealed Securities Industry Act 1983 immediately before the effective date and who is authorized to carry on the business of— (a) advising others concerning securities other than advising on corporate finance, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Representative’s Licence in respect of the regulated activity of investment advice; (b) advising on corporate finance, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Representative’s Licence in respect of the regulated activity of advising on corporate finance; or (c) analysing the financial circumstances of another person and provides a plan to meet that other person’s financial needs and objectives, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Representative’s Licence in respect of the regulated activity of financial planning, respectively under the corresponding provisions of this Act. (4) For the purposes of subsection (1), where a person holds a futures fund manager’s licence under the repealed Futures Industry Act 1993 immediately before the effective date, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Licence for a regulated activity of fund management in respect of futures contracts. (5) For the purposes of subsection (1), where a person holds a futures fund manager’s representative’s licence under the repealed Futures Industry Act 1993 immediately before the effective date, the person shall be deemed to hold a Capital Markets Services Representative’s Licence for the regulated activity of fund management in respect of futures contracts. (6) The Commission may, by notice in writing to a person who holds any of the licences referred to in subsection (1) specify— (a) notwithstanding section 68, the date of expiry of the Capital Markets Services Licence or Capital Markets Services Representative’s Licence which he is deemed to hold by virtue of subsection (1); (b) the regulated activity or activities to which the Capital Markets Services Licence or Capital Markets Services Representative’s Licence relates; and (c) any additional condition or restriction to which the Capital Markets Services Licence or Capital Markets Services Representative’s Licence is subject, provided where such conditions or restrictions proposed to be imposed are likely to prejudice the interests of the licensed person, the Commission shall give such licensed person an opportunity to be heard. (7) Where the Commission gives notice to a person of the date of expiry of a licence referred to in paragraph (6)(a), that licence shall expire on that date. (8) Subject to subsection (7)— (a) in the case of a person who holds one of the licences referred to in subsection (1) immediately before the effective date, the Capital Markets Services Licence or Capital Markets Services Representative’s Licence which he is deemed to hold by virtue of subsection (1) shall expire on the date of the expiry of the first-mentioned licence; or (b) in the case of a person who holds more than one of the licences referred to in subsection (1) immediately before the effective date the dates of expiry of which are different, the deemed licence shall expire on the last of those dates.

Malay text (authoritative)

Kecualian berkenaan dengan lesen yang dikeluarkan di bawah Akta termansuh

(1) Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 381 dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini— (a) seseorang yang memegang mana-mana lesen yang berikut sebaik sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan aktiviti terkawal yang dijalankan oleh orang itu di bawah lesen yang mula-mula disebut: (i) lesen broker niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (ii) lesen pengurus kumpulan wang niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (iii) lesen penasihat perdagangan niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (iv) lesen peniaga yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; (v) lesen pengurus kumpulan wang yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; (vi) lesen penasihat pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; (vii) lesen wakil broker niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (viii) lesen wakil pengurus kumpulan wang niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (ix) lesen wakil penasihat perdagangan niaga hadapan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan; (x) lesen wakil peniaga yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; (xi) lesen wakil pengurus kumpulan wang yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; atau (xii) lesen wakil pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan; dan (b) apa-apa syarat atau sekatan yang mana-mana lesen yang disebut dalam perenggan (1)(a) adalah tertakluk sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ini, hendaklah disifatkan suatu syarat atau sekatan yang kepadanya lesen yang bersamaan yang disebut dalam perenggan (1)(a) adalah tertakluk. (2) Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen penasihat pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa dan yang dibenarkan untuk menjalankan urusan— (a) menasihati orang lain berkenaan dengan sekuriti selain menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal nasihat pelaburan; (b) menasihati tentang kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal menasihati kewangan korporat; atau (c) menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan kewangan dan objektif orang lain itu, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal perancangan kewangan, masing-masing di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini. (3) Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen wakil penasihat pelaburan yang diberikan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa dan yang dibenarkan untuk menjalankan urusan— (a) menasihati orang lain berkenaan dengan sekuriti selain menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal nasihat pelaburan; (b) menasihati kewangan korporat, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal menasihati kewangan korporat; atau (c) menganalisis hal keadaan kewangan seorang lain dan menyediakan pelan untuk memenuhi keperluan kewangan dan objektif orang lain itu, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berkenaan dengan aktiviti terkawal perancangan kewangan, masing-masing di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini. (4) Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen pengurus kumpulan wang niaga hadapan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk aktiviti terkawal pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan kontrak niaga hadapan. (5) Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang memegang lesen wakil pengurus kumpulan wang niaga hadapan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, orang itu hendaklah disifatkan memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk aktiviti terkawal pengurusan kumpulan wang berkenaan dengan kontrak niaga hadapan. (6) Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis kepada seseorang yang memegang mana-mana lesen yang disebut dalam subseksyen (1) menentukan— (a) walau apa pun seksyen 68, tarikh habis tempoh Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal yang disifatkan dipegang olehnya menurut kuasa subseksyen (1); (b) aktiviti atau aktiviti terkawal yang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berkaitan; dan (c) mana-mana syarat atau sekatan tambahan yang kepadanya Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal adalah tertakluk, dengan syarat bahawa jika apa-apa syarat atau sekatan yang dicadangkan untuk dikenakan berkemungkinan menjejaskan kepentingan orang berlesen, Suruhanjaya hendaklah memberi orang berlesen itu peluang untuk didengar. (7) Jika Suruhanjaya memberikan notis kepada seseorang mengenai tarikh habis tempoh suatu lesen yang disebut dalam perenggan (6)(a), lesen itu hendaklah habis tempoh pada tarikh itu. (8) Tertakluk kepada subseksyen (7)— (a) dalam hal seseorang yang memegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh kuat kuasa, Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal yang disifatkan dipegang olehnya menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah habis tempoh pada tarikh habis tempoh lesen yang mula-mula disebut; atau (b) dalam hal seseorang yang memegang lebih daripada satu lesen yang disebut dalam subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh kuat kuasa yang tarikh habis tempohnya adalah berbeza, lesen yang disifatkan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh terakhir daripada tarikh-tarikh itu.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next