My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 386

Capital Markets and Services Act 2007 s 386

s 386 Transitional and savings in respect of corporate proposals

(1) Without prejudice to the generality of section 381, all actions, rules, regulations, orders, directions, notifications, approvals, decisions and other executive acts howsoever called, made, given or done under, or in accordance with, or by virtue of section 2B and Part IV of the Securities Commission Act 1993 before the effective date shall, insofar as it is consistent with the provisions of this Act, be deemed to have been made, given or done under or in accordance with or by virtue of, the corresponding provisions of this Act, and shall continue to remain in force and have effect in relation to the persons, activities or transactions to whom they apply until amended, revoked or rescinded under, in accordance with, or by virtue of, the corresponding provisions this Act. (2) Nothing in this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences committed under the Securities Commission Act 1993 before the effective date or any proceedings brought or sentence imposed before the effective date in respect of such offence. (3) Nothing in this Act shall affect any right, privilege, obligation or liability acquired, accrued or incurred under the Securities Commission Act 1993 before the effective date and any legal proceedings, remedy or investigation in respect of such right, privilege, obligation or liability shall not be affected and any such legal proceedings, remedy or investigation may be instituted, continued or enforced as if this Act had not been enacted. (4) Nothing in this Act shall— (a) affect the validity of any securities or the operation of any trust deed or deed issued or executed before the effective date; (b) apply in relation to an issuer, borrower, guarantor or trustee or any other person in respect of any securities that have been issued or offered for subscription or purchase or in respect of which an invitation to subscribe for or purchase securities has been made before the effective date; or (c) require the appointment or replacement of any trustee or the execution of any trust deed in respect of any debenture issued before the effective date, where there was no such requirement before the effective date. (5) Where, upon the effective date, securities may be issued, offered for subscription or purchase or where an invitation to subscribe for or purchase securities has been made on the basis of any prospectus issued before the effective date, the issuer shall, unless the written approval of the Commission granting an exemption is obtained, issue such supplementary or replacement prospectus and take such other action to ensure that the issue, offer or invitation complies with the requirements of this Act. (6) The Commission may, by a direction in writing given to any issuer referred to in subsection (5) determine what action is to be taken by that issuer and how any difficulty arising in respect of the provisions introduced or amended by this Act may be overcome. (7) Nothing in this Act shall— (a) affect the validity or operation of any interest or deed, to which Division 5 of Part IV of the Securities Commission Act 1993 applies, issued or executed before the effective date; or (b) apply in relation to the management company by or on whose behalf any interest to which Division 5 of Part IV of the Securities Commission Act 1993 applies and which have been issued before the effective date or in relation to the trustee for the holders of any such interest.

Malay text (authoritative)

Peralihan dan kecualian berkenaan dengan cadangan korporat

(1) Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 381, semua tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain, walau bagaimana jua pun disebut, dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa seksyen 2 b dan peruntukan Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, setakat yang tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang, aktiviti atau transaksi yang baginya tindakan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau dihapuskan, di bawah, mengikut, atau menurut kuasa peruntukan yang bersamaan Akta ini. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 sebelum tarikh kuat kuasa dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan itu tidaklah tersentuh dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan itu boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh— (a) menyentuh kesahan apa-apa sekuriti atau operasi mana-mana surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan sebelum tarikh berkuat kuasa; (b) terpakai berhubung dengan seseorang penerbit, peminjam, penjamin atau pemegang amanah atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti telah dibuat sebelum tarikh kuat kuasa; atau (c) menghendaki pelantikan atau penggantian mana-mana pemegang amanah atau pelaksanaan apa-apa surat ikatan amanah berkenaan dengan mana-mana debentur yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa, jika tiada apa-apa kehendak sebelum tarikh kuat kuasa. (5) Jika, pada tarikh berkuat kuasa, sekuriti boleh diterbitkan, ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau jika suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti telah dibuat berasaskan mana-mana prospektus yang diterbitkan sebelum tarikh kuat kuasa, penerbit hendaklah, melainkan jika kelulusan bertulis Suruhanjaya yang memberikan suatu pengecualian diperoleh, menerbitkan apa-apa prospektus tambahan atau gantian dan mengambil apa-apa tindakan lain bagi memastikan bahawa terbitan, tawaran atau pelawaan itu mematuhi kehendak Akta ini. (6) Suruhanjaya boleh, melalui suatu arahan secara bertulis yang diberikan kepada mana-mana penerbit yang disebut dalam subseksyen (5) menentukan tindakan yang hendaklah diambil oleh penerbit itu dan bagaimana apa-apa kesulitan yang timbul berkenaan dengan peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini boleh diatasi. (7) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini yang boleh— (a) menyentuh kesahan atau operasi apa-apa kepentingan atau surat ikatan, yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum tarikh kuat kuasa; atau (b) terpakai berhubung dengan syarikat pengurusan yang baginya atau bagi pihaknya apa-apa kepentingan yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 terpakai dan yang diterbitkan sebelum tarikh berkuat kuasa atau berhubung dengan pemegang amanah bagi pemegang apa-apa kepentingan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next