My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 66

Capital Markets and Services Act 2007 s 66

s 66 Power of Commission to enquire into transactions in respect of securities and futures contracts

(1) In deciding whether to grant or renew a licence, the Commission may enquire into any transaction involving the purchase or sale of securities or trade in futures contracts, entered into or caused to be entered into by the applicant, its directors, chief executive, managers or controller, whether directly or indirectly, during any period of twelve months preceding the application for grant or renewal of the licence, as the case may be, referred to in this section as the “relevant period”, to ascertain if that person has in such transaction used dishonest, unfair or unethical devices or trading practices, whether such devices or trading practices constitute an offence under this Act or otherwise. (2) For the purposes of subsection (1), the Commission may in such form and within such time as it may specify by notice in writing, require an applicant for a licence or the renewal of the licence to submit detailed information of any transaction involving the purchase or sale of securities or trade in futures contracts during the relevant period, irrespective of whether the relevant period falls before or after the date of the coming into operation of this Act. (3) In addition to any other penalty that may be imposed under this Act, a person who fails or refuses to submit information to the Commission within the time specified in the notice referred to in subsection (2) or who gives false or misleading information— (a) in the case of an application for the grant of a licence, is liable to have his application rejected; or (b) in the case of an application for the renewal of a licence, is liable to have his licence revoked under section 72.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya untuk menyiasat transaksi berkenaan dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan

(1) Dalam memutuskan sama ada untuk memberikan atau membaharui sesuatu lesen, Suruhanjaya boleh menyiasat apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan, yang dibuat atau menyebabkan supaya dibuat oleh pemohon, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa apa-apa tempoh dua belas bulan sebelum permohonan bagi pemberian atau pembaharuan lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut “tempoh yang berkaitan” dalam seksyen ini, untuk menentukan jika orang itu telah dalam transaksi itu menggunakan muslihat atau amalan perdagangan yang curang, tidak saksama atau tidak beretika, sama ada muslihat atau amalan perdagangan itu menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau selainnya. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh dalam apa-apa bentuk dan dalam masa yang dinyatakan olehnya melalui notis secara bertulis, menghendaki seseorang pemohon bagi suatu lesen atau pembaharuan lesen supaya mengemukakan maklumat yang terperinci mengenai apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan semasa tempoh yang berkaitan, tidak kira sama ada tempoh yang berkaitan itu jatuh sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (3) Sebagai tambahan kepada mana-mana penalti lain yang boleh dikenakan di bawah Akta ini, seseorang yang tidak atau enggan mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) atau yang memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan— (a) dalam hal suatu permohonan bagi pemberian suatu lesen, boleh menyebabkan permohonannya ditolak; atau (b) dalam hal suatu permohonan bagi pembaharuan suatu lesen, boleh menyebabkan lesennya dibatalkan di bawah seksyen 72.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next