My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 8

Capital Markets and Services Act 2007 s 8

s 8 Power of Minister to approve stock exchange or futures exchange

(1) An application for the approval of a body corporate as a stock exchange or futures exchange may be made in writing to the Minister. (2) The Minister may in writing, on the recommendation of the Commission, approve a body corporate as a stock exchange or futures exchange, subject to any terms and conditions as he thinks fit, if he is satisfied thatβ€” (a) the body corporate will ensure that, as far as is reasonably practicable, it will operate an orderly and fair market in relation to securities and futures contracts that are traded through its facilities; (b) the body corporate will manage any risks associated with its business and operations prudently; (c) the body corporate, in discharging its obligations under paragraph (a), will not act contrary to the public interest and in particular the interest of investors; (d) the body corporate is able to take appropriate action against its participating organizations or affiliates to whom the rules apply for any breach of its rules; (e) the rules of the body corporate make satisfactory provisionβ€” (i) for an orderly and fair market in relation to the securities or futures contracts that are traded through its facilities; (ii) for the proper regulation and supervision of its participating organizations or affiliates; (iii) for the exclusion of persons who are not of good character and high business integrity from being recognized as participating organizations or affiliates; (iv) for the expulsion, suspension or disciplining of its participating organization or affiliates and any person acting on behalf of such participating organization or affiliates, for conduct that is inconsistent with just and equitable principles in the transaction of business or for a contravention of or failure to comply with the rules of the stock exchange or futures exchange; (v) with respect to the conditions under which securities may be listed for trading in the market proposed to be conducted by the body corporate or under which futures contracts may be traded on the market through its facilities; (vi) with respect to the conditions governing dealings in securities or trading in futures contracts by its participating organizations or affiliates; (vii) with respect to the class of securities or futures contracts that may be dealt in or traded on its facilities; and (viii) generally for the carrying on of the business of the proposed stock exchange or futures exchange with due regard to the need for the protection of investors and public interest; (f) the body corporate shall at all times have sufficient financial, human and other resources to ensure the provision ofβ€” (i) an orderly and fair market in relation to securities or futures contracts that are traded through its facilities; (ii) adequate and properly equipped premises for the conduct of its business; (iii) competent personnel for the conduct of its business; and (iv) automated systems with adequate capacity, security arrangements and facilities to meet emergencies; and (g) the interest of the public or the proper regulation of the market will be served by the granting of this approval. (3) An application for approval under subsection (1) shall be sent to the Commission, whereupon the Commission shall submit to the Minister such application together with its recommendation. (4) An applicant under subsection (1) shall provide such information as the Minister or the Commission considers necessary in relation to the application. (5) Without limiting the generality of the terms and conditions specified in subsection (2), the Minister may in writing, on the recommendation of the Commission, amend, revoke or impose new terms and conditions, if the Minister is satisfied that it is appropriate to do so for the protection of investors or in the public interest or for the proper regulation of the stock market or futures market.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk meluluskan bursa saham atau bursa niaga hadapan

(1) Suatu permohonan untuk kelulusan pertubuhan perbadanan sebagai suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan boleh dibuat secara bertulis kepada Menteri. (2) Menteri boleh secara bertulis, atas syor Suruhanjaya, meluluskan sesuatu pertubuhan perbadanan sebagai suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut, jika dia berpuas hati bahawaβ€” (a) pertubuhan perbadanan itu akan memastikan bahawa, setakat yang semunasabahnya boleh dilaksanakan, pertubuhan perbadanan itu akan mengendalikan suatu pasaran yang teratur dan saksama berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang didagangkan melalui kemudahannya; (b) pertubuhan perbadanan itu akan menguruskan apa-apa risiko yang dikaitkan dengan urusannya dan pengendaliannya secara bijak; (c) pertubuhan perbadanan itu, dalam menunaikan obligasinya di bawah perenggan (a), tidak akan bertindak bertentangan dengan kepentingan awam dan terutamanya kepentingan pelabur; (d) pertubuhan perbadanan itu berkeupayaan untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap organisasi pesertanya atau gabungannya yang baginya kaedah-kaedah terpakai bagi apa-apa pelanggaran kaedah-kaedahnya; (e) kaedah-kaedah pertubuhan perbadanan itu membuat peruntukan yang memuaskanβ€” (i) bagi suatu pasaran yang teratur dan saksama berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang didagangkan melalui kemudahannya; (ii) bagi pengawalseliaan dan penyeliaan yang sewajarnya atas organisasi peserta atau gabungannya; (iii) bagi mengecualikan orang yang tidak berkelakuan baik dan tidak mempunyai integriti perniagaan yang tinggi daripada diiktiraf sebagai organisasi peserta atau gabungannya; (iv) bagi pemecatan, penggantungan atau pendisiplinan organisasi peserta atau gabungannya dan manamana orang yang bertindak bagi pihak organisasi peserta atau gabungannya, disebabkan pelakuan yang tidak konsisten dengan prinsip adil dan saksama dalam urusan perniagaan atau bagi pelanggaran atau tidak mematuhi kaedah-kaedah bursa saham atau bursa niaga hadapan; (v) berkenaan dengan syarat-syarat yang di bawahnya sekuriti yang boleh disenaraikan untuk didagangkan dalam pasaran yang dicadangkan untuk dijalankan oleh pertubuhan perbadanan itu atau yang di bawahnya kontrak niaga hadapan boleh diniagakan dalam pasaran melalui kemudahannya; (vi) berkenaan dengan syarat-syarat yang mentadbir perniagaan dalam sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan yang dijalankan oleh organisasi peserta atau gabungannya; (vii) mengenai kelas sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang boleh diniagakan atau didagangkan melalui kemudahannya; dan (viii) secara amnya bagi menjalankan urusan bursa saham atau bursa niaga hadapan yang dicadangkan dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada keperluan perlindungan pelabur dan kepentingan awam; (f) pertubuhan perbadanan itu hendaklah mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi pada setiap masa bagi memastikan penyediaanβ€” (i) suatu pasaran yang teratur dan saksama berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang didagangkan melalui kemudahannya; (ii) premis yang cukup dan dilengkapi dengan sepatutnya bagi penjalanan urusannya; (iii) kakitangan yang cekap bagi penjalanan urusannya; dan (iv) sistem automasi dengan kapasiti yang mencukupi, perkiraan keselamatan dan kemudahan untuk menghadapi kecemasan; dan (g) kepentingan awam atau pengawalseliaan pasaran yang sewajarnya akan tercapai melalui pemberian kelulusan ini. (3) Suatu permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya, dan Suruhanjaya hendaklah menyerahkan permohonan itu kepada Menteri berserta syor Suruhanjaya. (4) Seorang pemohon di bawah subseksyen (1) hendaklah menyediakan apa-apa maklumat yang Menteri atau Suruhanjaya berpendapat perlu berhubung dengan permohonan itu. (5) Tanpa mengehadkan keluasan terma dan syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (2), Menteri boleh secara bertulis, atas syor Suruhanjaya, meminda, membatalkan atau mengenakan terma dan syarat baru, jika Menteri berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian bagi melindungi pelabur atau kepentingan awam atau pengawalseliaan pasaran saham atau pasaran niaga hadapan yang sewajarnya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Division 2 β†’

Find Act 671 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next