My bookmarksSign up free
← Pathology Laboratory Act 2007

Pathology Laboratory Act 2007 s 86

Pathology Laboratory Act 2007 s 86

s 86 Power to make regulations

(1) The Minister may make such regulations as may be necessary or expedient for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act. (2) Without prejudice to the generality of the powers conferred by subsection (1), such regulations may be made for all or any of the following purposes: (a) to prescribe the circumstances under which a duplicate approval or licence may be issued and the fee payable; (b) to prescribe the procedure of amendment of any particulars contained in any approval or licence or its replacement with a new approval or licence and the fee payable; (c) to prescribe the records of persons whose sample has been tested in the licensed pathology laboratory and the manner in which such records are to be kept and issued; (d) to prescribe the manner of accessing a person’s laboratory results and the manner of obtaining the laboratory results by the person, the person’s representative or a healthcare provider; (e) to prescribe the records to be kept of the healthcare professional, staff or any other person employed or engaged by a licensed pathology laboratory; (f) to prescribe the minimum number, qualification or experience required of healthcare professionals including pathologists, scientific officers, medical laboratory technologists or other technical staff or other categories of staff to be employed or engaged in a licensed pathology laboratory; (g) to prescribe the minimum standards of the equipment, materials and other things to be used, provided and maintained by a licensed pathology laboratory; (h) to prescribe the type of training, continuing technical or medical education or any other type of healthcare professional education to be provided by a licensee to the healthcare professional, staff or any other person employed or engaged by the licensed pathology laboratory; (i) to prescribe the minimum standards and specifications in respect of design and construction of a licensed pathology laboratory; (j) to prescribe the minimum standards of sanitation or other amenities in a licensed pathology laboratory; (k) to prescribe the minimum standards of cleanliness and hygiene, including infection control in a licensed pathology laboratory; (l) to prescribe the minimum standards and conditions required of pathology services with respect to the collection, screening, analysis, processing, handling, transportation, distribution, storage, or disposal of samples; (m) to prescribe the management, control, and supervision of a licensed pathology laboratory; (n) to prescribe the acceptable quality assurance and quality control in respect of a licensed pathology laboratory; (o) to prescribe the programmes and activities of a licensed pathology laboratory to ensure the quality of services provided; (p) to prescribe the form and particulars to be contained in the records or register kept or maintained under this Act; (q) to prescribe the statistical information to be furnished by the licensee to the Director General and the manner of furnishing such information; (r) to prescribe the procedure for notification of the closure of a licensed pathology laboratory; (s) to prescribe the manner and form of applying for the transfer or assignment of the approval or licence in respect of, and the extension or alteration to the licensed pathology laboratory; (t) to prescribe the procedure for reporting incidents, the report and statistical data to be submitted by a licensee; (u) to prescribe the categorization of pathology laboratories into different classes and specialities which may or may not be performed in particular classes and specialities of licensed pathology laboratories; (v) to prescribe the membership, duties and responsibilities of a Pathology Laboratory Advisory Committee; or (w) to provide for any matter which under this Act is required or permitted to be prescribed or which are necessary or expedient to be prescribed to give effect to this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud seperti yang berikut: (a) untuk menetapkan hal keadaan yang di bawahnya salinan pendua kelulusan atau lesen boleh dikeluarkan dan fi yang kena dibayar; (b) untuk menetapkan tatacara pindaan apa-apa butiran yang terkandung dalam mana-mana kelulusan atau lesen atau penggantiannya dengan suatu kelulusan atau lesen yang baru dan fi yang kena dibayar; (c) untuk menetapkan rekod seseorang yang sampelnya telah diuji dalam makmal patologi berlesen dan cara rekod itu disimpan dan dikeluarkan; (d) untuk menetapkan cara mengakses keputusan makmal seseorang dan cara memperoleh keputusan makmal oleh orang itu, wakil orang itu atau pemberi jagaan kesihatan; (e) untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan mengenai profesional jagaan kesihatan, kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh makmal patologi berlesen; (f) untuk menetapkan bilangan, kelayakan atau pengalaman minimum yang dikehendaki profesional jagaan kesihatan termasuk ahli patologi, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan atau kakitangan teknikal lain atau kategori lain kakitangan yang diambil kerja atau diguna khidmat dalam makmal patologi berlesen; (g) untuk menetapkan piawaian minimum bagi kelengkapan, material dan benda lain yang hendaklah digunakan, diperuntukkan dan disenggarakan oleh makmal patologi berlesen; (h) untuk menetapkan jenis latihan, pendidikan teknikal atau perubatan berterusan atau apa-apa jenis pendidikan profesional jagaan kesihatan lain yang hendaklah disediakan oleh pemegang lesen kepada professional jagaan kesihatan, kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh makmal patologi berlesen; (i) untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi minimum berkenaan dengan reka bentuk dan pembinaan makmal patologi berlesen; (j) untuk menetapkan piawaian minimum sanitasi atau kemudahan lain dalam makmal patologi berlesen; (k) untuk menetapkan piawaian minimum kebersihan, termasuk kawalan jangkitan dalam makmal patologi berlesen; (l) untuk menetapkan piawaian dan syarat minimum yang dikehendaki perkhidmatan patologi berkenaan dengan pemungutan, penyaringan, penganalisisan, pemprosesan, pengendalian, pengangkutan, pengagihan, penyimpanan, atau pelupusan sampel; (m) untuk menetapkan pengurusan, kawalan, dan pengawasan makmal patologi berlesen; (n) untuk menetapkan jaminan kualiti dan kawalan kualiti yang boleh diterima berkenaan dengan makmal patologi berlesen; (o) untuk menetapkan program dan aktiviti makmal patologi berlesen untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan; (p) untuk menetapkan bentuk dan butiran yang hendaklah terkandung dalam rekod atau daftar yang disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini; (q) untuk menetapkan maklumat statistik yang hendaklah diberikan oleh pemegang lesen kepada Ketua Pengarah dan cara memberikan maklumat itu; (r) untuk menetapkan tatacara bagi pemberitahuan penutupan makmal patologi berlesen; (s) untuk menetapkan cara dan bentuk memohon bagi pertukaran atau penyerahhakan kelulusan atau lesen berkenaan dengan, dan peluasan atau pengubahan kepada makmal patologi berlesen; (t) untuk menetapkan tatacara untuk melaporkan kejadian, data laporan dan statistik yang hendaklah dikemukakan oleh pemegang lesen; (u) untuk menetapkan kategori makmal patologi ke dalam kelas dan kekhususan yang berlainan yang boleh atau tidak boleh dilaksanakan dalam kelas dan kekhususan yang tertentu makmal patologi berlesen; (v) untuk menetapkan keanggotaan, tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi; atau (w) untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan untuk memberi kuat kuasa kepada Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 674 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next