My bookmarksSign up free
← Bank Pertanian Malaysia Berhad Act 2008

Bank Pertanian Malaysia Berhad Act 2008 s 10

Bank Pertanian Malaysia Berhad Act 2008 s 10

s 10 Objects and powers of the Bank

(1) The objects of the Bank are— (a) to promote Malaysia’s sound agricultural development; (b) to co-ordinate and supervise the grant of credit from public funds for agricultural purposes by the various persons or bodies of persons whether incorporate or unincorporate; (c) to provide loans, advances and other credit facilities for the development of agriculture sector and agriculture related business; (d) to mobilize savings with particular regard to the agricultural sector and in furtherance of this object to accept savings and time deposits; (e) to uplift the well-being of the agricultural community; and (f) to carry on the general business of a modern and progressive financial services institution catering for the total financial needs of its customers. (2) In addition to all the powers of the Bank as prescribed in its Memorandum and Articles of Association, the Bank may— (a) borrow, raise or take up money, lend or advance money with or without security for the purpose of financing agricultural operations or agriculture related business; (b) purchase, sell, discount and rediscount inland bills of exchange and promissory notes drawn or issued for the purpose of financing agricultural operations or agriculture related business; (c) accept, receive or take deposits and to provide all types of deposit accounts including savings account, time deposit account and any other similar account; (d) make an unsolicited call through its mobile unit to— (i) solicit or procure the making of deposit; or (ii) enter into or offer to enter into any agreement with a view to the acceptance of a deposit; (e) provide financing to the agricultural community; (f) in respect of agricultural operations and marketing of agricultural productions, grant and issue letters of credit; (g) issue on commission, subscribe for, underwrite, take, acquire, hold, sell, exchange and deal with shares, stocks, bonds, funds, obligations, securities and investment of all kinds; (h) receive money and valuables on deposit for safe custody; (i) act as agents for the Government, any state Government or other authority and for public or private bodies or persons; (j) acquire and undertake the whole or any part of the business, property and liabilities of any person or company carrying on any business which the Bank is authorized to carry on, or possessed of property suitable for the purposes of the Bank; (k) carry on the business of godown keepers or warehousemen and to hire, purchase, erect or otherwise acquire warehouses or godowns for any of the purposes of the Bank; (l) acquire, improve, manage, work, develop, exercise all rights in respect of, lease, mortgage, sell, dispose of, turn to account, and otherwise deal with— (i) movable property and immovable property irrespective of the title thereof; and (ii) produce of all kinds and in particular agricultural produce; (m) enter into any arrangements with the Government, any State Government or local authority, or otherwise that may seem conducive to any or all of the objects of the Bank, and to obtain from any such Government or authority any rights, privileges and concessions which the Bank may think it desirable to obtain, and to carry out, exercise and comply with any such arrangements, rights, privileges and concessions; (n) purchase, sell and discount Treasury bills of the Government or of any State Government authorized to issue Treasury bills; (o) maintain accounts with other banks in Malaysia; (p) act as correspondent, or agent for any international bank or agricultural credit institution of an international character; (q) provide all types of payment and collection services, including giro services, automated teller machines, debit cards, credit cards and prepaid cards; (r) with the approval of the Board, utilize the funds of the Bank for investments; (s) provide financial services based on Islamic principles; (t) open branches and appoint agents or correspondents within or outside Malaysia; (u) pay interest on deposits by customers and determine the rate of such interest; (v) charge interest on loans and advances made to customers and determine the rate of such interest; (w) impose charges for any services rendered by it; (x) carry out agricultural insurance business; (y) provide guarantees for agricultural financing facilities; (z) provide financial and business advisory services; and (aa) do such other business as the Central Bank may approve in writing. (3) Where any business activity carried out pursuant to the powers conferred under subsection (2) requiring the approval of or licensing by an authority, such activity may be carried out subject to the approval or license being obtained from such authority. (4) For the purposes of this section— “Central Bank” means the Central Bank of Malaysia established by the *Central Bank of Malaysia Act 1958 [Act 519]; “giro service” means a current account service which permits an account holder to issue payment instructions to the Bank for payment to any party or which permits the Bank to accept payments into the account of an account holder from any party; “unsolicited call” means a personal visit or oral communication without express invitation. *NOTE—This Act has since been repealed by the Central Bank of Malaysia Act 2009 [Act 701] w.e.f. 25 November 2009—see subsection 1(1) of Act 701 [P.U. (B) 533/2009] except paragraph 23(8)(b) and section 61 to 66.

Malay text (authoritative)

Tujuan dan kuasa Bank

(1) Tujuan Bank adalah— (a) untuk menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh; (b) untuk menyelaraskan dan menyelia pemberian kredit daripada kumpulan wang awam bagi maksud pertanian oleh pelbagai orang atau badan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan; (c) untuk mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit lain bagi pembangunan sektor pertanian dan perniagaan berkaitan pertanian; (d) untuk menggembleng simpanan dengan perhatian khusus kepada sektor pertanian dan bagi mencapai tujuan ini, untuk menerima simpanan dan deposit bertempoh; (e) untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian; dan (f) untuk menjalankan perniagaan am suatu institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif yang memenuhi keperluan kewangan menyeluruh pelanggannya. (2) Sebagai tambahan kepada segala kuasa Bank sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuannya, Bank boleh— (a) meminjam, mendapatkan atau mengambil wang, meminjamkan atau mendahulukan wang dengan atau tanpa cagaran bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian; (b) membeli, menjual, mendiskaunkan atau mendiskaunkan semula bil pertukaran tempatan dan surat janji hutang yang dikeluarkan atau diterbitkan bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian; (c) menerima, mendapat atau mengambil deposit dan menyediakan segala jenis akaun deposit termasuklah akaun simpanan, akaun deposit bertempoh dan apa-apa akaun lain yang seumpamanya; (d) membuat kunjungan tanpa diminta melalui unit bergeraknya untuk— (i) meminta atau memperoleh pembuatan deposit; atau (ii) membuat atau menawarkan untuk membuat apa-apa perjanjian untuk tujuan menerima suatu deposit; (e) mengadakan pembiayaan kepada komuniti pertanian; (f) berkenaan dengan pengendalian pertanian dan pemasaran hasil pertanian, memberikan atau mengeluarkan surat kredit; (g) mengeluarkan dengan mendapat komisen, melanggan, menaja jamin, mengambil, memperoleh, memegang, menjual, menukar dan berniaga syer, saham, bon, dana, obligasi, sekuriti dan pelaburan daripada segala jenis; (h) menerima wang dan barang berharga sebagai deposit untuk simpanan selamat; (i) bertindak sebagai ejen bagi Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa lain dan bagi badan awam atau badan persendirian atau orang persendirian; (j) memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, harta dan liabiliti mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa perniagaan yang Bank dibenarkan menjalankannya, atau memiliki harta yang sesuai bagi maksud Bank; (k) menjalankan perniagaan sebagai penyelenggara gudang atau pengurus gudang dan menyewakan, membeli, membina atau selainnya memperoleh gudang bagi apa-apa maksud Bank; (l) memperoleh, memperbaiki, menguruskan, menjayakan, membangunkan, menjalankan segala hak berkenaan dengan, memajakkan, menggadaijanjikan, menjual, melupuskan, membuat keuntungan daripada, dan selainnya membuat apa-apa urusan mengenai— (i) harta alih atau harta tak alih dengan tidak mengira hakmilik mengenainya; dan (ii) segala jenis hasil dan khususnya hasil pertanian; (m) membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan, atau selainnya yang kondusif dengan segala tujuan atau mana-mana daripada tujuan Bank, dan untuk mendapatkan daripada mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan oleh Bank patut didapatkan, dan untuk melaksanakan, menjalankan dan mematuhi apa-apa perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu; (n) membeli, menjual dan mendiskaun bil Perbendaharaan Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang dibenarkan untuk mengeluarkan bil Perbendaharaan; (o) menyenggarakan akaun dengan bank lain di Malaysia; (p) bertindak sebagai wakil, atau ejen bagi mana-mana bank antarabangsa atau institusi kredit pertanian bersifat antarabangsa; (q) mengadakan semua jenis perkhidmatan pembayaran dan pungutan, termasuk perkhidmatan giro, mesin juruwang automatik, kad debit, kad kredit dan kad bayar dahulu; (r) dengan kelulusan Lembaga, menggunakan kumpulan wang Bank bagi pelaburan; (s) mengadakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan prinsip Islam; (t) membuka cawangan dan melantik ejen atau wakil di dalam atau di luar Malaysia; (u) membayar bunga atas deposit oleh pelanggan dan menentukan kadar bunga itu; (v) mengenakan bunga atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat kepada pelanggan dan menentukan kadar bunga itu; (w) mengenakan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya; (x) menjalankan perniagaan insurans pertanian; (y) mengadakan jaminan bagi kemudahan pembiayaan pertanian; (z) mengadakan perkhidmatan nasihat kewangan dan perniagaan; dan (aa) melakukan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara. (3) Jika mana-mana aktiviti perniagaan yang dijalankan menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (2) menghendaki kelulusan atau pelesenan oleh suatu pihak berkuasa, aktiviti itu boleh dijalankan tertakluk kepada kelulusan atau lesen yang diperoleh daripada pihak berkuasa itu. (4) Bagi maksud seksyen ini— “Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah *Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan arahan pembayaran kepada Bank bagi pembayaran kepada mana-mana pihak atau yang membenarkan Bank menerima pembayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak; “kunjungan tanpa diminta” ertinya lawatan peribadi atau komunikasi lisan tanpa jemputan nyata.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 684 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next