My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 17

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 17

s 17 The East Coast Economic Region Master Plan

(1) The Council shall prepare a draft East Coast Economic Region Master Plan for the East Coast Economic Region. (2) The Council shall, in the draft East Coast Economic Region Master Plan, formulate in such details as the Council thinks appropriate the following: (a) proposals for the overall framework, vision and objectives of the development of the East Coast Economic Region, which shall include objectives and strategies for the physical, economic and social development of the East Coast Economic Region; (b) proposals for the planning and implementation of initiatives within the East Coast Economic Region to realise the objectives and strategies referred to in paragraph (a) which shall include initiatives relating but not limited to the following: (i) the objectives, functions, powers and additional functions and powers of the Council under sections 6, 7, 8 and 9 respectively; (ii) the development and expansion of the tourism industry; (iii) the improvement, expansion, centralisation, coordination and enhanced management of the oil and gas and petrochemical industry; (iv) the development of the industrial sector, including the development of higher value-added industries and new industries; (v) the development of sectoral-relevant or industryrelevant human capital, which includes activities relating to education, training and research; (vi) the development of the agricultural sector, including its modernisation, diversification and commercialisation; (vii) the enhancement of the quality of living environment in the East Coast Economic Region; (viii) the management and enhancement of social development in the East Coast Economic Region; (ix) the management of the use of land in the East Coast Economic Region; (x) the achievement or enhancement of international competitive advantage for goods and services in the East Coast Economic Region, which includes activities relating to branding, research, accreditation to international standards and marketing; (xi) the attraction of investment in the agricultural, manufacturing and service sectors in the East Coast Economic Region; (xii) the provision of incentives for agricultural, manufacturing and service sectors in the East Coast Economic Region; (xiii) the provision, integration, improvement, expansion, centralisation, coordination and enhanced management and monitoring of utility infrastructure and services in the East Coast Economic Region; and (xiv) the promotion of transit-oriented development in the East Coast Economic Region; (c) objectives and strategies for the development and enhancement of logistics, transportation and services infrastructure in the East Coast Economic Region, including but not limited to the following: (i) the enhancement of internal, national and international transport linkages for movement of goods and people; and (ii) the provision and management of an integrated, coordinated and inter-connected public transportation system; and (d) measures and initiatives for the protection, management, conservation, preservation, enhancement and sustainable development of natural environmental resources, agricultural resources, sensitive coastal ecosystems, highlands, forests, parks and open spaces in the East Coast Economic Region, including but not limited to the following: (i) the protection of environmentally sensitive areas described in the National Physical Plan under the Town and Country Planning Act 1976 [Act 172]; and (ii) the improvement of water, energy and waste management in the East Coast Economic Region. (3) The draft East Coast Economic Region Master Plan shall contain, or be accompanied by, such maps, diagrams, illustrations, reports, drawings, models and any other descriptive matters as the Council thinks appropriate for the purpose of explaining or illustrating the proposals in the draft East Coast Economic Region Master Plan, or may in any particular case be specified in directions furnished by the State Government of Kelantan, Terengganu, Pahang or Johor; and the maps, diagrams, illustrations, reports, drawings, models and other descriptive matters and directions shall be treated as forming part of the draft East Coast Economic Region Master Plan.

Malay text (authoritative)

Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(1) Majlis hendaklah menyediakan suatu draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. (2) Majlis hendaklah, dalam draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur, merumuskan dengan apa-apa butir terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis yang berikut: (a) cadangan bagi rangka kerja, wawasan dan objektif keseluruhan bagi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, yang hendaklah termasuk objektif dan strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Wilayah Ekonomi Pantai Timur; ( b ) c a d a n g a n b a gi perancangan dan pelaksanaan inisiatif di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur untuk merealisasikan objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan (a) yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungan dengan tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (i) objektif, fungsi, kuasa, dan fungsi dan kuasa tambahan Majlis di bawah seksyen 6, 7, 8 dan 9 masing-masing; (ii) pembangunan dan pengembangan industri pelancongan; (iii) penambahbaikan, pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan tahap pengurusan industri minyak dan gas dan petrokimia; (iv) pembangunan sektor perindustrian, termasuk pembangunan industri dengan nilai tambah yang lebih tinggi dan industri baru; (v) pembangunan modal insan yang berkaitan mengikut sektor atau mengikut industri, aktiviti berhubungan dengan pendidikan, latihan dan penyelidikan; (vi) pembangunan sektor pertanian, termasuk memodenkan, mempelbagaikan dan mengkomersialkannya; (vii) peningkatan kualiti persekitaran tempat tinggal di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (viii) pengurusan dan peningkatan pembangunan sosial di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (ix) pengurusan penggunaan tanah di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (x) pencapaian atau peningkatan kelebihan daya saing di peringkat antarabangsa bagi barangan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, termasuk aktiviti berhubung dengan penjenamaan, penyelidikan, akreditasi kepada standard antarabangsa dan pasaran antarabangsa; (xi) tarikan pelaburan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (xii) penyediaan insentif bagi sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (xiii) p e n y e d i a a n , i n t e g r a s i , p e n a m b a h b a i k a n , pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan pengurusan dan pemantauan infrastruktur kemudahan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; dan (xiv) promosi pembangunan berorientasi transit di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (c) objektif dan strategi bagi pembangunan dan peningkatan infrastruktur logistik, pengangkutan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (i) peningkatan rangkaian pengangkutan dalaman, dalam negara dan antarabangsa bagi pergerakan barangan dan manusia; dan (ii) penyediaan dan pengurusan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, dapat diselaraskan dan saling bersambung; dan (d) tindakan dan inisiatif bagi melindungi, menguruskan, memulihara, memelihara, meningkatkan, dan membangunkan secara mapan sumber asli alam sekitar, sumber pertanian, ekosistem pantai yang sensitif, tanah tinggi, hutan, taman dan kawasan lapang di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: (i) perlindungan kawasan sensitif alam sekitar yang sensitif yang diperihalkan dalam Rancangan Fizikal Negara di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; dan (ii) pembaikan pengurusan air, tenaga dan bahan buangan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur. (3) Draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur, atau yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan lain dan arahan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 688 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next