My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 19

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 19

s 19 Approval and adoption of the East Coast Economic Region Master Plan

(1) When the Council has prepared the draft East Coast Economic Region Master Plan, the Council shall submit the draft East Coast Economic Region Master Plan to the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor for approval. (2) The State Government of Kelantan, Terengganu, Pahang, or Johor may withhold its approval of the draft East Coast Economic Region Master Plan only if the State Government of Kelantan, Terengganu, Pahang or Johor is of the opinion that the draft East Coast Economic Region Master Plan or any part thereof has not been prepared in accordance with the requirements of sections 17 and 18. (3) F o r t h e a v o i d a n c e o f d o u b t , n o t w i t h s t a n d i n g subsection (2), the State Government of Kelantan, Terengganu, Pahang or Johor may not withhold its approval if any of the requirements in section 17 or 18 which in the opinion of the State Government of Kelantan, Terengganu, Pahang or Johor has not been complied with is in respect of— (a) a matter pertaining not to their respective State; (b) a matter contained in the Federal List of the Ninth Schedule to the Federal Constitution; or (c) a matter falling within the exclusive purview or responsibility of the Federal Government. (4) The Council shall publish the fact of the approval of the draft East Coast Economic Region Master Plan by the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor— (a) at the Council’s internet website, in the national language and English language, together with the East Coast Economic Region Master Plan; and (b) in three issues of at least one local mainstream newspaper in the national language and one in the English language, together with the marking by which the approved East Coast Economic Region Master Plan may be identified and a statement of the time when and the place where the East Coast Economic Region Master Plan may be inspected. (5) Upon approval of the East Coast Economic Region Master Plan by the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor— (a) in relation to any area within the East Coast Economic Region for which a local plan has yet to receive the assent of a State Authority under the Town and Country Planning Act 1976, the relevant State Planning Committee for such area shall give a direction to the relevant local planning authority under paragraph 12(3)(b) and subsection 12(8) of the Town and Country Planning Act 1976 to incorporate into the draft local plan for the area such contents of the East Coast Economic Region Master Plan as such State Planning Committee may deem relevant or appropriate; and (b) in relation to any area within the East Coast Economic Region for which a local plan has received the assent of the State Authority under the Town and Country Planning Act 1976, the relevant State Planning Committee for such area shall give a direction to the relevant local planning authority under subsection 16(2) of the Town and Country Planning Act 1976 to alter such local plan by incorporating such contents of the East Coast Economic Region Master Plan as such State Planning Committee may deem relevant or appropriate.

Malay text (authoritative)

Kelulusan dan menerima pakai Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(1) Selepas Majlis menyediakan draf Pelan Induk Wilayah Pembangunan Pantai Timur, Majlis hendaklah mengemukakan draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu kepada Kerajaan- Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor untuk kelulusan. (2) Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor hanya boleh menahan kelulusannya ke atas draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu jika Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor berpendapat bahawa draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu atau mana-mana bahagiannya tidak disediakan mengikut kehendak seksyen 17 dan 18. (3) Bagi mengelakkan keraguan, walau apa pun subseksyen (2), Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor tidak boleh menahan kelulusannya jika mana-mana kehendak seksyen 17 atau 18 yang pada pendapat Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor telah tidak dipatuhi adalah berkenaan dengan— (a) suatu perkara yang tidak berkaitan dengan Negeri mereka masing-masing; (b) suatu perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; atau (c) suatu perkara dalam bidang tugas atau tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. (4) Majlis hendaklah menyiarkan hakikat bahawa draf Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah diluluskan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor— (a) di laman web internet Majlis, dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, berserta Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu; dan (b) dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan arus perdana dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris, yang mengandungi petunjuk yang melaluinya Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang diluluskan itu boleh dikenali dan suatu pernyataan tentang masa dan tempat di mana Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu boleh dilihat. (5) Selepas Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur diluluskan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor— ( a ) berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang rancangan tempatan baginya belum mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberi suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 1 2 ( 3 ) ( b ) dan subseksyen 12(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apaapa kandungan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu; dan (b) berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang rancangan tempatan baginya telah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberi suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next