East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 22
s 22 Designated strategic development
(1) The State Authority of Kelantan, Terengganu, Pahang or Johor, as the case may require, may, at the request of the Council, publish by notification in the relevant State Gazette—
(a) any activity within the East Coast Economic Region which may have a significant economic impact to the East Coast Economic Region as a designated strategic development activity;
(b) any area or areas in the respective State within the East Coast Economic Region which may have a significant economic impact to the East Coast Economic Region as a designated strategic development area; and
(c) any designated strategic development activity within any designated strategic development area.
(2) Any Government entity, or body or person, whether local or foreign, intending to carry out any designated strategic development activity, or any development within a designated strategic development area, or any designated strategic development activity within a designated strategic development area, shall first refer such proposed development to the Council for its direction before submitting such proposed development for the approval of the relevant authorities.
(3) T h e C o u n c i l s h a l l g i v e d i r e c t i o n s u n d e r subsection (2) for purposes of securing conformity and consistency with the contents of the East Coast Economic Region Master Plan whether or not incorporated into a local plan pursuant to subsection 19(5).
Malay text (authoritative)
Pembangunan strategik yang ditetapkan
(1) Pihak Berkuasa Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor, mengikut hal keadaan, boleh, atas permintaan Majlis, menyiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri yang berkenaan—
(a) apa-apa aktiviti di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mungkin mempunyai impak ekonomi yang penting bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagai suatu aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan;
(b) mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan di dalam Negeri yang berkenaan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mungkin mempunyai impak ekonomi yang penting bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagai suatu kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan; dan
(c) apa-apa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan di dalam mana-mana kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan.
(2) Mana-mana entiti Kerajaan, atau badan atau orang, sama ada tempatan atau asing, yang berhasrat untuk menjalankan apaapa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan, atau apa-apa pembangunan di dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, atau apa-apa aktiviti pembangunan strategik yang ditetapkan di dalam mana-mana kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan hendaklah pertama sekali merujukkan cadangan pembangunan itu kepada Majlis bagi mendapatkan arahan Majlis sebelum mengemukakan cadangan pembangunan itu untuk kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.
(3) Majlis hendaklah memberi arahan di bawah subseksyen (2) bagi maksud memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur sama ada atau tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 19(5).
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).