My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 23

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 23

s 23 Responsibility of Council

In performing its functions and carrying out its powers under this Act, it shall be the responsibility of the Council— (a) to ensure that the functions are performed and the powers are carried out in such a manner in furtherance of the policy of the Federal Government and the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor for the time being in force and in particular the policy relating to the development of the East Coast Economic Region in accordance with the East Coast Economic Region Master Plan; (b) in respect of the strategy for the planning of the development and use of all lands and buildings, to have regard to and act within the general framework of— (i) the national policy for the promotion and control of the utilisation of land; and (ii) the general policy of the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor; and (c) to consult and coordinate its acts with the State Governments of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor and any Government entity— (i) having responsibility over the areas of the East Coast Economic Region where the Council proposes to carry out its activities; or (ii) conferred with similar functions and powers as the Council over any matter which the Council proposes to undertake within the East Coast Economic Region.

Malay text (authoritative)

Tanggungjawab Majlis

Dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis— (a) untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan dan kuasa itu dijalankan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan- Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur selaras dengan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur; (b) berkenaan dengan strategi untuk perancangan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan, untuk memberi perhatian kepada dan bertindak mengikut kerangka am— (i) dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah; dan (ii) dasar am Kerajaan-Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor; dan (c) untuk merundingi dan menyelaraskan tindakannya dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan mana-mana entiti Kerajaan— (i) yang mempunyai tanggungjawab ke atas kawasankawasan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang di dalamnya Majlis bercadang untuk menjalankan aktivitinya; atau (ii) yang diletak hak dengan fungsi dan kuasa yang sama dengan Majlis bagi apa-apa perkara yang Majlis bercadang untuk mengusahakan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next