East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 28
s 28 Implementation and Coordination Committee
(1) The Council shall appoint an Implementation and Coordination Committee for each of the State of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor.
(2) The Implementation and Coordination Committee for each of the State of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor shall consist of a chairman and such members to be appointed by the Prime Minister after consulting the Menteri Besar of the respective State.
(3) Membership of the Implementation and Coordination Committee may include one or more individuals from the private sector.
(4) A member of the Implementation and Coordination Committee for each of the State of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor may appoint an alternate member to attend a meeting of the Implementation and Coordination Committee on his behalf if such member is, for any reason, unable to attend and such alternate member shall when attending meetings of the Implementation and Coordination Committee for all purposes be deemed to be a member of the Implementation and Coordination Committee.
(5) The Implementation and Coordination Committee of each of the State of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor shall be responsible—
(a) for identifying proposed major or strategic development and investment in the East Coast Economic Region with regard to their respective States;
(b) for monitoring the status of all applications relating to the proposed major or strategic development and investment identified pursuant to paragraph (a);
(c) for coordinating the roles and activities of all relevant Government entities to expedite the implementation of the proposed major or strategic development and investment identified pursuant to paragraph (a);
(d) for liaising with the Council or any of its delegatees on the status of the implementation of the proposed major or strategic development and investments identified pursuant to paragraph (a);
(e) for identifying any difficulties or issues arising during the implementation of the proposed major or strategic development and investments identified pursuant to paragraph (a);
(f) for taking or recommending appropriate steps and administrative actions to resolve the difficulties or issues identified pursuant to paragraph (e); and
(g) for performing any other functions or duties as directed by the Council.
(6) The provisions of the Second Schedule shall apply to the Implementation and Coordination Committee.
(7) The Council may, from time to time, by order published in the Gazette, amend the Second Schedule relating to the Implementation and Coordination Committee.
Malay text (authoritative)
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan
(1) Majlis hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
(2) Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri selepas merundingi Menteri Besar Negeri berkenaan.
(3) Keanggotaan suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.
(4) Seorang anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor boleh melantik seorang anggota silih ganti bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi pihaknya jika anggota itu, atas apa-apa alasan, tidak boleh hadir dan anggota silih ganti itu hendaklah semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan itu bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan itu.
(5) Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah bertanggungjawab—
(a) bagi mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur berkenaan dengan Negeri masing-masing;
(b) bagi memantau status semua permohonan berhubung dengan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
(c) bagi menyelaraskan peranan dan aktiviti semua entiti Kerajaan yang berkaitan untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
(d) bagi menghubungi Majlis atau mana-mana wakilnya tentang status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
(e) bagi mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbul semasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
(f) bagi mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu yang dikenal pasti menurut perenggan (e); dan
(g) bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diarahkan oleh Majlis.
(6) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan.
(7) Majlis boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua berhubung dengan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan.
Bahagian VI I
KEWANGAN
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).