My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 30

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 30

s 30 Expenditure to be charged on the Fund

The Fund shall be expended for the following purposes: (a) paying any expenses, costs or expenditure lawfully incurred or accepted by the Council in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act including survey and legal fees and costs and other fees and costs; (b) purchasing or hiring plant, equipment, machinery and materials, acquiring land and other assets, and erecting buildings, and carrying out any other works and undertakings in the performance of the functions or the exercise of the powers of the Council under this Act; (c) repaying any moneys borrowed under this Act and the interest due on the borrowed moneys; (d) paying for the allowances and other expenses of the members of the Council, the Implementation and Coordination Committees and any committee, and any person invited to attend meetings of the Council, the Implementation and Coordination Committees and any committee; (e) paying for the remuneration, allowances and other expenses of the Chief Executive, officers and servants of the Council including the granting of loans and advances, superannuation allowances, retirement benefits, pensions and gratuities; (f) granting financial assistance or credit facilities, with or without interest, or any contribution, for educational purposes or scholarships or any other purposes as the Council may approve to any person; (g) contributions and donations to any person; and (h) generally paying any expenses for carrying into effect the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sah atau disetuju terima oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain; (b) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsi atau menjalankan kuasa Majlis di bawah Akta; (c) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang dikenakan atas wang yang dipinjam itu; (d) membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Majlis, Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan dan mana-mana jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis, Jawatankuasa Perlaksanaan dan Penyelarasan dan mana-mana jawatankuasa; (e) membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain Ketua Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis termasuk pemberian pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran; (f) memberi bantuan kewangan atau kemudahan kredit, dengan atau tanpa bunga, atau apa-apa sumbangan, bagi maksud pendidikan atau biasiswa atau bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Majlis kepada mana-mana orang; (g) sumbangan dan derma kepada mana-mana orang; dan (h) pada amnya membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next