My bookmarksSign up free
← Geologists Act 2008

Geologists Act 2008 s 14

Geologists Act 2008 s 14

s 14 Committees

(1) The Board may establish such committees as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions under this Act except the functions under sections 20, 21, 22, 23, 33, 35 and 50. (2) The Board may elect any of its members to be the chairman of a committee. (3) The Board may appoint any person to be a member of any committee established under subsection (1). (4) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and shall be eligible for reappointment. (5) The Board may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation. (6) A member of a committee may at any time resign by giving a notice in writing to the chairman of the committee. (7) The Board may at any time discontinue or alter the constitution of a committee. (8) A committee may regulate its own procedure. (9) A committee shall be subject to and shall act in accordance with any direction given to it by the Board. (10) A meeting of a committee shall be held at such time and place as the chairman of the committee may determine. (11) A committee shall cause— (a) minutes of all its meetings to be kept and maintained in a proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Board as soon as may be practicable. (12) A committee may invite any person to attend any meeting of the committee for the purpose of advising it on any matter under discussion but any person so attending shall have no right to vote at the meeting. (13) Members of a committee and any person invited under subsection (12) shall be paid such allowances and other expenses as the Board may determine after consultation with the Minister. (14) An act, ruling or decision of a committee shall be deemed to be the act, ruling or decision of the Board.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini kecuali fungsi di bawah seksyen 20, 21, 22, 23, 33, 35 dan 50. (2) Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Lembaga boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (5) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu. (7) Lembaga boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (8) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (9) Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga. (10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (11) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan— (a) minit bagi semua mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit bagi semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan. (12) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (13) Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri. (14) Suatu tindakan, perintah atau keputusan sesuatu jawatankuasa hendaklah disifatkan sebagai tindakan, perintah atau keputusan Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 689 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next