My bookmarksSign up free
← Geologists Act 2008

Geologists Act 2008 s 23

Geologists Act 2008 s 23

s 23 Restrictions on non-registered professional geologist

(1) Subject to sections 24, 25 and 26, no person shall, unless he is a registered professional geologist— (a) practise, carry on business or take up employment as a geologist; (b) hold himself out as a geologist under any name, style or title— (i) bearing the words “professional geologist”, “geologist” or the equivalent to it in any other language; or (ii) bearing any other word in any language that may reasonably be construed to imply that he is a professional geologist or a geologist; (c) be entitled to describe himself as a “professional geologist” and to use the abbreviation “P.Geol.” after his name or in any way in association with his name; (d) use or display any sign, board, card or other device representing or implying that he is a professional geologist or a geologist; or (e) be entitled to recover in any court any fee, charge, remuneration or any other form of consideration for any geological services rendered. (2) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Sekatan terhadap ahli geologi profesional yang tidak berdaftar

(1) Tertakluk kepada seksyen 24, 25 dan 26, tiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang ahli geologi profesional berdaftar— (a) menjalankan amalan, menjalankan urusan atau bekerja sebagai ahli geologi; (b) mengemukakan dirinya sebagai ahli geologi di bawah apa-apa nama, gaya atau gelaran— (i) yang mengandungi perkataan “ahli geologi profesional”, “ahli geologi” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain; atau (ii) yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi; (c) berhak untuk menyifatkan dirinya sebagai seorang “ahli geologi professional” dan menggunakan singkatan “P.Geol.” selepas namanya atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan namanya; (d) menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan tanda, kad atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi; atau (e) berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi apa-apa perkhidmatan geologi yang diberikan. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 689 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next