My bookmarksSign up free
← Geologists Act 2008

Geologists Act 2008 s 33

Geologists Act 2008 s 33

s 33 Suspension or revocation of registration

(1) The Board may impose any of the sanctions provided under subsection (2) against any registered geologist or registered practitioner under any of the following circumstances: (a) if he is convicted of any offence involving fraud or dishonesty or moral turpitude in Malaysia or elsewhere; (b) if he offers or accepts any commission that in the opinion of the Board is an illicit commission; (c) if whilst acting in his professional capacity, he at the same time without disclosing the fact in writing to his client, is a director or a member of or a substantial shareholder in or an agent for any company, firm or business or has any financial interest in any company, firm or business, with which he deals on behalf of his client; (d) if his registration under this Act has been obtained by fraud or misrepresentation or by reason of any mistake or error made by the Board in considering the application for registration; (e) if his qualifications under section 20 have been withdrawn or revoked by the authority through which it was obtained or by which it was awarded; (f) if the authorization under subsection 26(1) has been withdrawn or revoked; (g) if he is found to be of unsound mind or otherwise incapable of performing his professional duties or becomes a bankrupt; (h) if he is found by the Board to have contravened this Act or any regulations made under this Act; (i) if he fails to observe any condition or restriction subject to which he is registered; (j) if he is found guilty by the Board of any act or conduct that in the opinion of the Board is infamous or disgraceful; or (k) if he fails to discharge his professional duties with due skill, care and diligence. (2) For the purposes of subsection (1), the Board may— (a) issue a written warning or reprimand to the registered geologist or registered practitioner concerned; (b) order the registered geologist or registered practitioner concerned to pay a fine not exceeding five thousand ringgit; (c) order the suspension of the registration of the registered geologist or registered practitioner concerned for a period not exceeding one year; (d) order the revocation of the registration of the registered geologist or registered practitioner concerned; or (e) impose any appropriate combination of the sanctions specified in paragraphs (a) to (d) on the registered geologist or registered practitioner concerned. (3) The Board shall not make an order under subsection (2) unless— (a) there has been a hearing of the grounds of the complaint against the registered geologist or registered practitioner concerned who is alleged to have caused, contributed to or been a party to the grounds of the complaint, conducted by at least two-thirds of the total number of members of the Board; and (b) an opportunity to be heard has been given to the registered geologist or registered practitioner concerned, personally or by an advocate and solicitor. (4) The Board may, if it considers fit, suspend the registration of any registered geologist or registered practitioner for a period not exceeding six months pending any investigation by the Board under this Act. (5) On the Board suspending the registration of a registered geologist or a registered practitioner under paragraph (2)(c) or subsection (4), or revoking the registration of a registered geologist or a registered practitioner under paragraph (2)(d) or subsection 40(2), the geologist or practitioner concerned shall cease to exercise any right or privilege accorded to him under this Act but he shall be entitled to recover in any court any fee, charge, remuneration or any other form of consideration for services rendered by him before the date of receipt of the notice from the Board suspending or revoking the registration. (6) An order of the Board under paragraph (2)(c) or (2)(d) or subsection (4) shall, as soon as may be practicable, be published in at least one national language and one English language daily newspaper having nationwide circulation.

Malay text (authoritative)

Penggantungan atau pembatalan pendaftaran

(1) Lembaga boleh mengenakan mana-mana sanksi yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut: (a) jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak di Malaysia atau di tempat lain; (b) jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga merupakan suatu komisen haram; (c) jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa mendedahkan fakta itu secara bertulis kepada pelanggannya, merupakan seorang pengarah atau anggota atau pemegang syer substantial dalam atau ejen bagi mana-mana syarikat, firma atau perniagaan, atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam syarikat, firma atau perniagaan, yang dengannya dia berurusan bagi pihak pelanggannya; (d) jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperoleh dengan cara fraud atau salah nyataan atau disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kekhilafan yang dibuat oleh Lembaga dalam menimbangkan permohonan bagi pendaftaran; (e) jika kelayakannya di bawah seksyen 20 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan; (f) jika kebenaran di bawah subseksyen 26(1) telah ditarik balik atau dibatalkan; (g) jika dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya atau dia menjadi bankrap; (h) jika dia didapati oleh Lembaga telah melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (i) jika dia tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya dia didaftarkan; (j) jika dia didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah mengaibkan atau keji; atau (k) jika dia tidak menunaikan kewajipan profesionalnya dengan kemahiran, ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga boleh— (a) mengeluarkan suatu amaran bertulis atau celaan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan; (b) memerintahkan ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan supaya membayar denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit; (c) memerintahkan penggantungan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun; (d) memerintahkan pembatalan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan; atau (e) mengenakan apa-apa gabungan sanksi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d) yang sesuai atas ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan. (3) Lembaga tidak boleh membuat perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika— (a) suatu pendengaran telah diadakan mengenai alasan aduan terhadap ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan yang dikatakan telah menyebabkan, menyumbang kepada atau telah menjadi pihak kepada alasan aduan itu, yang dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga; dan (b) suatu peluang untuk didengar telah diberikan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan itu sendiri atau melalui seorang peguam bela dan peguam cara. (4) Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan sementara menanti selesai apa-apa siasatan oleh Lembaga di bawah Akta ini. (5) Apabila Lembaga menggantung pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(c) atau subseksyen (4), atau membatalkan pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen 40(2), ahli geologi atau pengamal yang berkenaan hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini tetapi dia berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi perkhidmatan yang diberikannya sebelum tarikh penerimaan notis daripada Lembaga menggantung atau membatalkan pendaftarannya. (6) Sesuatu perintah Lembaga di bawah perenggan (2)(c) atau 2(d) atau subseksyen (4) hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 689 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next