s 35 Reinstatement
(1) A registered geologist or a registered practitioner whose name has been removed from the Register pursuant to an order of the Board under paragraph 33(2)(d) shall, if his appeal is allowed under section 48, immediately be reinstated and be issued with a certificate of registration.
(2) A registered geologist or a registered practitioner whose name has been removed from the Register for failure to renew his registration for a period of not more than three years shall be reinstated as soon as he has notified the Registrar of his desire to be reinstated and on payment of the prescribed fee.
(3) A registered geologist or a registered practitioner who fails to renew his registration for a period of more than three years consecutively may be reinstated if the Board is satisfied with the reasons for reinstatement and on payment of the prescribed fee.
(4) A registered geologist or a registered practitioner whose name has been removed from the Register pursuant to an order of the Board under paragraph 33(2)(d) and who has not appealed against that order or whose appeal has been dismissed or withdrawn may apply for reinstatement after the expiration of not less than six months from the date of the order of revocation, or from the date of the decision of the appeal or from the date the appeal was withdrawn, whichever date is the later.
(5) For the purpose of subsection (4) the Board may, on receipt of an application by a geologist or a practitioner whose registration has been suspended under paragraph 33(2)(c) or revoked under paragraph 33(2)(d), reinstate the registration if the Board is satisfied that—
(a) the reason that led to the suspension or revocation of the registration no longer exists; and
(b) the geologist or practitioner concerned, at the time of the application, complies with the terms, conditions and restrictions imposed by the Board at the time of the original registration.
(6) Without prejudice to subsections (1) to (5), the Board may, on receipt of satisfactory evidence of proper reasons for reinstatement and on reimbursement to the Board of all expenditure incurred by the Board arising out of the proceedings leading to the revocation of the registration and on payment of the prescribed fee for a certificate of registration, re-register the geologist or practitioner concerned, as the case may be.
(7) In reinstating the registration of a geologist or a practitioner under this section, the Board may impose any additional terms, conditions and restrictions as it considers fit.
(8) An order of the Board under this section shall, as soon as may be practicable, be published in at least one national language and one English language daily newspaper having nationwide circulation.
Malay text (authoritative)
Kemasukan semula
(1) Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut suatu perintah Lembaga di bawah perenggan 33(2)(d) hendaklah, jika rayuannya dibenarkan di bawah seksyen 48, dengan serta-merta dimasukkan semula namanya dan dikeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepadanya.
(2) Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun hendaklah dimasukkan semula namanya sebaik sahaja dia memberitahu Pendaftar tentang hasratnya supaya namanya dimasukkan semula dan setelah dia membayar fi yang ditetapkan.
(3) Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang melebihi tiga tahun berturut-turut boleh dimasukkan semula namanya jika Lembaga berpuas hati dengan sebab-sebab bagi kemasukan semula dan setelah fi yang ditetapkan dibayar.
(4) Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut suatu perintah Lembaga di bawah perenggan 33(2)(d) dan tidak membuat rayuan terhadap perintah itu atau rayuannya telah ditolak atau ditarik balik boleh memohon kemasukan semula selepas tamat tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan dari tarikh perintah pembatalan, atau dari tarikh keputusan rayuan atau dari tarikh rayuan ditarik balik, mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.
(5) Bagi maksud subseksyen (4) Lembaga boleh, setelah menerima permohonan daripada seseorang ahli geologi atau pengamal yang pendaftarannya telah digantung di bawah perenggan 33(2)(c) atau dibatalkan di bawah perenggan 33(2)(d), memasukkan semula pendaftarannya jika Lembaga berpuas hati bahawa—
(a) sebab yang membawa kepada penggantungan atau pembatalan pendaftaran tidak wujud lagi; dan
(b) ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, pada masa permohonan, mematuhi terma, syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga pada masa pendaftaran asal.
(6) Tanpa menjejaskan subseksyen (1) hingga (5), Lembaga boleh, setelah menerima keterangan yang memuaskan mengenai sebab yang wajar bagi kemasukan semula dan setelah dibayar ganti kepada Lembaga segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga berbangkit daripada prosiding yang membawa kepada pembatalan pendaftaran dan setelah dibayar fi yang ditetapkan bagi perakuan pendaftaran, mendaftarkan semula ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7) Dalam memasukkan semula pendaftaran seseorang ahli geologi atau pengamal di bawah seksyen ini, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan sekatan tambahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(8) Sesuatu perintah Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).