Geologists Act 2008 s 47
s 47 Monies of Board
(1) All monies from fees and charges payable to the Board under this Act shall be paid to the Board.
(2) The monies received by the Board under this Act shall be applied as follows:
(a) to defray the expenses of registration and any other expenses incurred in the administration of this Act, including any expenses of the Board that may be allowed under any regulations made under this Act; and
(b) to provide scholarships and to promote learning and education in the field of geology.
(3) Monies not immediately required by the Board shall be invested in such trustee securities as the Board may determine after consultation with the Minister or kept as fixed deposits in such banks as the Board may determine after consultation with the Minister.
Malay text (authoritative)
Wang Lembaga
(1) Semua wang daripada fi dan caj yang kena dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada Lembaga.
(2) Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan seperti yang berikut:
(a) untuk membayar belanja pendaftaran dan apa-apa belanja lain yang dilakukan dalam pentadbiran Akta ini, termasuklah apa-apa belanja Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan
(b) untuk mengadakan biasiswa dan untuk menggalakkan pembelajaran dan pendidikan dalam bidang geologi.
(3) Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.
Read this section in the full act β Β· Open Part VI β
Find Act 689 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).