My bookmarksSign up free
← Geologists Act 2008

Geologists Act 2008 s 52

Geologists Act 2008 s 52

s 52 Prevention of anomalies

(1) The Minister may, after consultation with the Board, whenever it appears to him necessary or expedient to do so, whether for the purpose of removing difficulties or preventing anomalies in consequence of the enactment of this Act, by order published in the Gazette, make such modifications to any provisions in any existing laws as he considers fit. (2) The Minister shall not exercise the powers conferred by subsection (1) after the expiration of two years from the appointed date. (3) In this section, “modifications” includes amendments, additions, deletions, substitutions, adaptations, variations, alterations and non-application of any provision in any existing law. First Schedule [Section 7] PROCEDURE OF BOARD Meetings 1. (1) The Board shall meet at least four times a year at such time and place as may be appointed by the Chairman. (2) The Chairman shall preside at a meeting of the Board. (3) Five members of whom at least two shall be members appointed under paragraph 6(1)(c) or 6(2)(c) and at least two shall be members appointed under paragraph 6(1)(d) or 6(2)(d) present at any meeting of the Board shall constitute a quorum. (4) Every member of the Board present shall be entitled to one vote. (5) If on a question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Board may invite others to meetings 2. (1) The Board may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as the Board may determine. Minutes 3. (1) The Board shall cause minutes of all its meetings to be kept and maintained in a proper form. (2) Any minutes made of a meeting of the Board shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings as prima facie evidence of the facts stated in them without further proof. (3) Every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 4. Subject to this Act, the Board may regulate its own procedure. Disclosure of interest 5. (1) A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner, any interest in any company or undertaking with which the Board proposes to make any contract or having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Board shall disclose to the Board the fact and the nature of his interest. (2) A disclosure under subparagraph (1) shall be recorded in the minutes of the Board and, after the disclosure, the member having an interest in the matter— (a) shall not take part nor be present in any deliberation or decision of the Board; and (b) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the Board. (3) No act or proceedings of the Board shall be invalidated on the ground that any member of the Board has contravened the provisions of this paragraph. Validity of acts and proceedings 6. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Board; (b) a contravention by any member of the Board of the provisions of paragraph 5; or (c) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Member to devote time to business of Board 7. Every member of the Board shall devote such time to the business of the Board as may be necessary to discharge his duties effectively. Secretary 8. The Board shall appoint a secretary to the Board, who shall not be a member of the Board. Second Schedule [Sections 21 and 27] FIELDS OF GEOLOGY (a) geophysics (b) geochemistry (c) geochronology (d) environmental geology (e) economic geology (f) engineering geology (g) marine geology (h) petroleum geology (i) regional geology (j) structural geology and tectonics (k) hydrogeology (l) prospecting and exploration (m) mineralogy (n) petrology (o) stratigraphy and paleontology (p) geological sciences other than those specified in items (a) to (o) DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

Pencegahan anomali

(1) Menteri boleh, setelah berunding dengan Lembaga, bilamana difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang sedia ada yang difikirkannya patut. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan. (3) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang sedia ada. Jadual Pertama [Seksyen 7] TATACARA LEMBAGA Mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga. (3) Lima orang anggota yang daripadanya sekurang-kurangnya dua orang hendaklah merupakan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(c) atau 6(2)(c) dan sekurang-kurangnya dua orang hendaklah merupakan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau 6(2)(d) yang hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga hendaklah membentuk kuorum. (4) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi. (5) Jika tentang sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 2. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri manamana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 4. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Pendedahan kepentingan 5. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam manamana syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah mendedahkan kepada Lembaga fakta dan jenis kepentingannya itu. (2) Sesuatu pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, selepas pendedahan itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga. (3) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar peruntukan perenggan ini. Kesahan perbuatan dan prosiding 6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga 7. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan. Setiausaha 8. Lembaga boleh melantik setiausaha Lembaga yang tidak menjadi anggota Lembaga. Jadual Kedua [Seksyen 21 dan 27] BIDANG GEOLOGI (a) geofizik (b) geokimia (c) geokronologi (d) geologi alam sekitar (e) geologi ekonomi (f) geologi kejuruteraan (g) geologi marin (h) geologi petroleum (i) geologi rantau (j) geologi struktur dan tektonik (k) hidrogeologi (l) pencarigalian dan penjelajahan (m) mineralogi (n) petrologi (o) stratigrafi dan paleontologi (p) sains geologi selain yang dinyatakan dalam butiran (a) hingga (o)

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 689 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next