My bookmarksSign up free
← Geologists Act 2008

Geologists Act 2008 s 6

Geologists Act 2008 s 6

s 6 Membership of Board

(1) The Board shall consist of the following members who shall be Malaysian citizens and who shall be appointed by the Minister: (a) a Chairman who shall be a registered professional geologist; (b) a representative of the Institute; (c) five members who shall be registered professional geologists in the public services or in the service of any local authority or statutory authority; (d) five members who shall be registered professional geologists in private practice or in the full-time employment of any person or body of persons other than the public services or any local authority or statutory authority; and (e) two persons who, in the opinion of the Minister, are able to contribute to the development of the profession. (2) Notwithstanding subsection (1), the first Board shall consist of the following members who shall be Malaysian citizens and who shall be appointed by the Minister: (a) a Chairman who shall be a person qualified to be registered as a registered professional geologist; (b) a representative of the Institute; (c) five members who shall be persons qualified to be registered as registered professional geologists and who are in the public services or in the service of any local authority or statutory authority; (d) five members who shall be persons qualified to be registered as registered professional geologists and who are in private practice or in the full-time employment of any person or body of persons other than the public services or any local authority or statutory authority; and (e) two persons who, in the opinion of the Minister, are able to contribute to the development of the profession. (3) For the purposes of paragraphs (1)(c) and (d) and (2)(c) and (d), the Institute may nominate suitable registered professional geologists or suitable persons who are qualified to be registered as registered professional geologists, as the case may be, for the consideration of the Minister. (4) Nothing in subsection (3) shall be construed as requiring the Minister to appoint the members referred to in paragraph (1)(c) or (2)(c) from among the list of nominees submitted by the Institute. (5) The following persons shall not be eligible to be appointed to the Board: (a) a person who is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; (b) a bankrupt; and (c) a person who has been convicted of an offence by a court and sentenced to imprisonment for a term of not less than one year or to a fine of not less than two thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Lembaga

(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang ahli geologi profesional berdaftar; (b) seorang wakil Institut; (c) lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; (d) lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan (e) dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar; (b) seorang wakil Institut; (c) lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang berada dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; (d) lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan (e) dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion. (3) Bagi maksud perenggan (1)(c) dan (d) dan (2)(c) dan (d), Institut boleh menamakan ahli geologi profesional berdaftar yang sesuai atau orang yang sesuai yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk pertimbangan Menteri. (4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Menteri untuk melantik anggota yang disebut dalam perenggan (1)(c) atau (2)(c) daripada senarai penama yang dikemukakan oleh Institut. (5) Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menganggotai Lembaga: (a) seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (b) seseorang yang bankrap; dan (c) seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 689 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next