Salvation Army (Incorporated) Act 1956 s 2
s 2 Incorporation of the General of the Salvation Army and powers of the corporation
(1) The General for the time being of the Salvation Army (hereinafter referred to as “the General”) shall for all purposes be a body corporate by the name of “The General of The Salvation Army” and the said body corporate (in this Act referred to as “the corporation”) shall have perpetual succession and a corporate seal.
(2) The corporation may enter into contracts and may sue and be sued and take all legal proceedings in any of the Courts of Peninsular Malaysia in its said name.
(3) The seal of the corporation may from time to time be broken, changed, altered and made anew as to the corporation seems fit, and until a seal is provided under this section a stamp bearing the inscription “The General of The Salvation Army”, may be used as the corporate seal.
(4) The corporation may acquire by purchase, gift, devise, bequest or otherwise, and hold movable and immovable property of every description and any interest therein, and may sell, convey, transfer, assign, demise, lease, surrender, exchange, partition, charge, mortgage or otherwise dispose of or deal with any movable or immovable property so acquired by the corporation or vested in the corporation by this Act.
Malay text (authoritative)
Pemerbadanan Jeneral Angkatan Takhlisan dan kuasa perbadanan
(1) Jeneral Angkatan Takhlisan pada masa itu (kemudian daripada ini disebut “Jeneral”) hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Jeneral Angkatan Takhlisan” dan pertubuhan
Angkatan Takhlisan (Pemerbadanan)
perbadanan tersebut (dalam Akta ini disebut “perbadanan”) adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(2) Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dan mengambil semua prosiding undang-undang di dalam mana-mana Mahkamah di Semenanjung Malaysia atas namanya tersebut.
(3) Meterai bagi perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi perkataan “Jeneral Angkatan Takhlisan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(4) Perbadanan boleh memperoleh melalui pembelian, hadiah, devis, bekues atau selainnya, dan memegang tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan boleh menjual, memindahhakkan, memindahmilikkan, menyerahhakkan, mendemiskan, memajakkan, menyerahkan balik, menukarkan, memecah milik, menggadaikan, menggadaijanjikan atau selainnya melupuskan atau berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang diperoleh sedemikian oleh perbadanan atau terletak hak pada perbadanan oleh Akta ini.
Read this section in the full act →
Find Act 690 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).