National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 11
s 11 Vacation of office and filling of vacancy
(1) The office of a member appointed under paragraph 6(a) or (i) shall be vacated if—
(a) he dies;
(b) there has been proved against him, or he has been convicted of, a charge in respect of—
(i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
(ii) an offence under any law relating to corruption; or
(iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years;
(c) he becomes a bankrupt;
(d) he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties;
(e) he absents himself from three consecutive meetings of the Board without leave of the Chairman or, in the case of the Chairman without leave of the Minister;
(f) his resignation is accepted by the Minister; or
(g) his appointment is revoked by the Minister.
(2) Where a member appointed under paragraph 6(a) or (i) ceases to be a member of the Board, the Minister may appoint another person to fill the vacancy for the remainder of the term for which the vacating member was appointed in accordance with the provisions applying.
Malay text (authoritative)
Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan
(1) Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) hendaklah dikosongkan jika—
(a) dia mati;
(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c) dia menjadi bankrap;
(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturutturut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;
(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) terhenti menjadi seorang anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 692 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).