My bookmarksSign up free
← National Kenaf and Tobacco Board Act 2009

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 17

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 17

s 17 Delegation of Board’s functions and powers

(1) The Board may, subject to subsection (2) and such conditions, limitations or restrictions as it deems fit to impose, delegate in writing any of its functions or powers, except the power to borrow money, grant loans, establish companies or make regulations, to— (a) any member; (b) any committee established by the Board; or (c) any officer or servant of the Board, and any function or power so delegated may be performed or exercised by the member, officer or servant, as the case may be, in the name and on behalf of the Board. (2) Any person delegated with such function and powers shall be bound to observe and have regard to all conditions, limitations or restrictions imposed by the Board. (3) The Board may delegate to the Director General— (a) the power to grant loans and make advances to the officers and servants of the Board under section 21; and (b) the authority to sanction expenditure from the Fund or any other moneys vested in or under the control of the Board up to such limit as the Board shall specify. (4) A delegation under this section shall not preclude the Board itself from performing or exercising at any time any of the functions or powers so delegated.

Malay text (authoritative)

Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga

(1) Lembaga boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan apaapa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan, mewakilkan secara bertulis mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan syarikat atau membuat peraturan-peraturan, kepada— (a) mana-mana anggota; (b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau (c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga. (2) Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat, batasan atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga. (3) Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah— (a) kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 21; dan (b) kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga ke takat yang ditentukan oleh Lembaga. (4) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 692 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next