s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“member” means a member of the Board and includes an alternate member;
“barn” means a building or part thereof constructed, adapted or used for curing tobacco therein;
“research finding” means any result from a research and development activity and includes an invention and improvement in any process, apparatus, machine or technique;
“prescribed” means prescribed by regulations made under this Act;
“kenaf industry” means any activity which involves planting, processing, manufacturing and marketing of, or conducting research on, kenaf, kenaf products or kenaf derivatives and includes any industry or services related thereto;
“tobacco industry” means any activity which involves planting, processing, manufacturing and marketing of, or conducting research on, tobacco, tobacco products or tobacco derivatives and includes any industry or services related thereto;
“analyst” means an analyst appointed under section 75;
“rules” and “regulations” mean any rules and regulations made under this Act;
“kenaf product” means any product originated from kenaf or any mixture containing kenaf such as cordage, paper, textile and bio-composite;
“tobacco product” means cigarette or cigar or any other form of products originated from tobacco including any mixture containing tobacco which is designed for human consumption but excludes any medicinal product controlled under the Poisons Act 1952 [Act 366] or the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 [P.U. (A) 223/1984];
“kenaf” means Hibiscus cannabinus from the plant species of the Hibiscus or any part thereof, and includes hybrids of this species, hybrids resulting from crossing this species or hybrids with any other species or hybrids of plants and genetically engineered versions of this species or hybrids;
“Director General” means the Director General of the Board appointed under section 19;
“Fund” means the National Kenaf and Tobacco Board Fund established under section 22;
“Cess Fund” means the Cess Fund established under section 26;
“Board” means the National Kenaf and Tobacco Board established under section 3;
“licence” means a licence issued under section 41;
“close season” means a period declared to be a close season under section 80;
“authorized officer” means—
(a) an officer of the Board or public officer authorized under section 54;
(b) a police officer not below the rank of Inspector; or
(c) an officer of customs as defined under the Customs Act 1967 [Act 235];
“licensed purchaser” means a person licensed under section 39 to purchase cured tobacco;
“licensee” means a person who is licensed under this Act;
“conveyance” means any vehicle, vessel, ship, aircraft or any other mode of transport whether by air, sea or land;
“licensed curer” means a person licensed under section 39 to plant and cure tobacco;
“curing” means a process whereby tobacco leaves or other parts of a tobacco plant are dried for the purposes of preservation and maturation, and includes the process of flue-curing, air-curing, fire-curing and sun-curing;
“fire-curing” means a process of curing whereby uncured tobacco is exposed in ventilated barns with an open fire to allow the smoke to come into contact with the tobacco;
“sun-curing” means a process of curing whereby uncured tobacco is exposed to the full rays of the sun for the major part of the curing period;
“flue-curing” means a process whereby uncured tobacco is subjected to atmosphere heated by a controllable source of heat in a building or part thereof that is so constructed as not to permit the passage of more air and moisture thereinto or therefrom than is necessary for the success of the process;
“air-curing” means a process of curing whereby uncured tobacco is ventilated in widely ventilated barns under natural atmospheric conditions with little or no artificial heat;
“Classifier” means a person appointed as Classifier under section 20—
(a) acting as expert in deciding—
(i) the grades, standards and qualities of locally produced kenaf;
(ii) the kenaf that does not conform to those grades, standards and qualities;
(iii) the grades, standards and qualities of locally produced tobacco; or
(iv) the tobacco that does not conform to those grades, standards and qualities;
(b) acting as arbitrator in marketing disputes for kenaf and tobacco;
“Chairman” means the Chairman of the Board and includes any person exercising the functions of Chairman and deemed to be the Chairman under section 9;
“manufacturer”—
(a) in the case of kenaf, means a person who manufactures kenaf or kenaf products and includes its subsidiary body that is a manufacturer; or
(b) in the case of tobacco, means a person who manufactures tobacco into a state in which it is fit for immediate consumption by smoking or otherwise and includes its subsidiary body that is a manufacturer;
“certificate of authorization” means a certificate of authorization issued under subsection 41(2);
“premises” means any place whether open or enclosed or whether on land or sea or whether movable or immovable and includes any house, factory, shop, conveyance, store, room, estate, smallholding, cubicle, shed or barn;
“cigarette” means any product which consists wholly or partly of cut, shredded or manufactured tobacco, or of any tobacco derivative or substitute, rolled up in a single or more wrapper of paper, and which is capable of being immediately used for smoking;
“cess” means the cess imposed under section 27;
“appointed date” means the date on which this Act comes into operation;
“tobacco” means the plant species of Nicotiana tabacum or any part thereof, whether in the uncured or cured state and includes hybrids of this species, hybrids resulting from crossing this species or hybrids with any other species or hybrids of plants and genetically engineered versions of this species or hybrids;
“cured tobacco” means tobacco that has undergone any process of curing.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya seorang anggota Lembaga dan termasuk anggota silih ganti;
“bangsal” ertinya suatu bangunan atau bahagiannya yang dibina, dipadansuaikan atau digunakan bagi mengawet tembakau di dalamnya;
“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa keputusan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan termasuk ciptaan dan penambahbaikan dalam apa-apa proses, perkakas, mesin atau teknik;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“industri kenaf” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, kenaf, keluaran kenaf atau terbitan kenaf dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya;
“industri tembakau” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, tembakau, keluaran tembakau atau terbitan tembakau dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya;
“juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 75;
“kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya kaedahkaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“keluaran kenaf” ertinya apa-apa keluaran yang berasal daripada kenaf atau apa-apa campuran yang mengandungi kenaf seperti tali, kertas, tekstil dan biokomposit;
“keluaran tembakau” ertinya rokok atau cerut atau apa-apa bentuk keluaran yang berasal daripada tembakau termasuk apaapa campuran yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran perubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] atau Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984];
“kenaf” ertinya Hibiscus cannabinus daripada spesis pokok Hibiscus atau mana-mana bahagiannya, dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 19;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;
“Kumpulan Wang Ses” ertinya Kumpulan Wang Ses yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 41;
“musim tutup” ertinya suatu tempoh yang diisytiharkan sebagai musim tutup di bawah seksyen 80;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
(a) seorang pegawai Lembaga atau pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 54;
(b) seorang pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada pangkat Inspektor; atau
(c) seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“pembeli berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk membeli tembakau diawet;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini;
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“pengawet berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk menanam dan mengawet tembakau;
“pengawetan” ertinya suatu proses yang melaluinya daun-daun tembakau atau bahagian-bahagian lain pokok tembakau dikeringkan bagi maksud pemeliharaan dan pematangan, dan termasuk proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api dan pengawetan matahari;
“pengawetan api” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada api di dalam bangsal berganti udara untuk membiarkan tembakau itu terkena asap;
“pengawetan matahari” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada sinaran matahari sepenuhnya bagi sebahagian besar tempoh pengawetan itu;
“pengawetan pemanas” ertinya suatu proses yang melaluinya tembakau belum diawet dibiarkan dalam udara yang dipanaskan melalui suatu sumber haba yang boleh dikawal di dalam sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang dibina sedemikian rupa supaya angin dan lembapan tidak dapat masuk ke dalamnya atau keluar darinya lebih daripada yang diperlukan bagi menjayakan proses itu;
“pengawetan udara” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet diganti udara di bawah keadaan udara semula jadi dengan sedikit atau tiada haba buatan di dalam bangsal berganti udara sebahagian besarnya;
“Pengelas” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Pengelas di bawah seksyen 20—
(a) bertindak sebagai pakar dalam memutuskan—
(i) gred, piawaian dan kualiti kenaf keluaran tempatan;
(ii) kenaf yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu;
(iii) gred, piawaian dan kualiti tembakau keluaran tempatan; atau
(iv) tembakau yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu;
(b) bertindak sebagai penimbang tara dalam pertikaian pemasaran bagi kenaf dan tembakau;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuk manamana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi di bawah seksyen 9;
“pengilang”—
(a) dalam hal kenaf, ertinya seseorang yang mengilang kenaf atau keluaran kenaf dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang; atau
(b) dalam hal tembakau, ertinya seseorang yang mengilang tembakau sehingga menjadi sesuai untuk digunakan serta-merta melalui hisapan atau selainnya dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang;
“perakuan kebenaran” ertinya suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 41(2);
“premis” ertinya mana-mana tempat sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuk mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, estet, kebun kecil, bilik kecil, bangsal kecil atau bangsal;
“rokok” ertinya apa-apa keluaran yang terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilangkan, atau daripada apa-apa terbitan atau gantian tembakau, yang digulung dalam bungkusan kertas tunggal atau lebih, dan yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk dihisap;
“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 27;
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“tembakau” ertinya pokok spesis Nicotiana tabacum atau manamana bahagiannya, sama ada dalam keadaan belum diawet atau sudah diawet dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini;
“tembakau diawet” ertinya tembakau yang telah melalui apaapa proses pengawetan.
Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).