My bookmarksSign up free
← National Kenaf and Tobacco Board Act 2009

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 23

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 23

s 23 Expenditure to be charged on the Fund

The Fund shall be expended for the purposes of— (a) paying any expenditure lawfully incurred by the Board, including— (i) the remuneration of the officers and servants of the Board, including the granting of loans, superannuation allowances, pensions or gratuities; (ii) insurance coverage for the officers and servants of the Board; (iii) costs incurred in providing for the welfare of the officers and servants of the Board; (iv) allowances of the members and members of committees established under section 18; and (v) legal fees and costs and any other fees and costs; (b) financing research and development activities; (c) contributing to bodies or organizations, whether within or outside Malaysia, of which the Board is a member or to such organizations related to the kenaf industry and tobacco industry as the Minister may determine; (d) providing financial assistance to the kenaf planters or licensed curer with the approval of the Minister after consultation with the Minister of Finance; (e) granting loans, scholarships, advances or grants, as the case may be, to any person, officers and servants of the Board or to institutions of higher learning within or outside Malaysia; (f) granting loans or providing capital for companies established by the Board under this Act; (g) paying any other expenses, costs or expenditure properly incurred or accepted by the Board in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act; (h) subject to the approval of the Minister, making contributions to any organization, whether within or outside Malaysia, for the purpose of promoting the marketing of kenaf and kenaf products; (i) purchasing or hiring equipment, machinery and any other materials, acquiring land and erecting buildings, and carrying out any other works and undertakings in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act; (j) repaying any moneys borrowed under this Act and the interest due on such moneys; (k) paying any reward under section 87; and (l) generally, paying any expenses for carrying into effect the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk— (i) saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau gratuiti; (ii) perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga; (iii) kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pengkhidmat Lembaga; (iv) elaun anggota dan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 18; dan (v) fi dan kos perundangan dan apa-apa fi dan kos lain; (b) membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan; (c) menyumbang kepada badan atau organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang Lembaga merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berkaitan dengan industri kenaf dan industri tembakau sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (d) memberikan bantuan kewangan kepada penanam kenaf atau pengawet berlesen dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan; (e) memberikan pinjaman, biasiswa, pendahuluan atau geran, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga atau kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia; (f) memberikan pinjaman atau memberikan modal bagi syarikat yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah Akta ini; (g) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (h) tertakluk kepada kelulusan Menteri, membuat sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran kenaf dan keluaran kenaf; (i) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja dan perusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (j) membayar balik mana-mana wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar ke atas wang itu; (k) membayar apa-apa ganjaran di bawah seksyen 87; dan (l) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 692 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next