(1) The Minister may, after consultation with the Minister of Finance, make orders for the imposition, variation or cancellation of a cess on tobacco and tobacco products produced in or imported into Malaysia and the orders may specify the nature, amount and rate of the cess, person or class of persons on whom the cess is imposed and the manner of collection of the cess.
(2) The cess imposed by such order shall, for the purposes of its collection and for the enforcement of the collection thereof, be paid into and form part of the Cess Fund.
(3) An order made under this section may prescribe different amounts, rates and manner of collection for different types of tobacco and tobacco products in relation to different persons or different classes of persons.
(4) A person who fails or refuses to pay any cess imposed under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten times the amount of cess due or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(5) The amount of any cess imposed under this section shall be a debt due to the Board from the person on whom the cess is imposed and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Board.
(6) The institution of proceedings under this section shall not relieve any person from liability for the payment of any cess for which he is or may be liable or from liability to make any return which he is required by this Act to make.
Malay text (authoritative)
Ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau
(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, perubahan atau pembatalan sesuatu ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau yang dikeluarkan di dalam atau diimport ke Malaysia dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar ses, orang atau golongan orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan cara kutipan ses itu.
(2) Ses yang dikenakan oleh perintah itu hendaklah, bagi maksud kutipan dan bagi penguatkuasaan kutipannya, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Ses.
(3) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berbeza bagi jenis tembakau dan keluaran tembakau yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.
(4) Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5) Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh diambil guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.
(6) Pembawaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti bagi pembayaran apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini.
Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).