My bookmarksSign up free
← National Kenaf and Tobacco Board Act 2009

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 39

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 39

s 39 Licensing, approval and certificate of authorization

(1) No person shall— (a) purchase kenaf; (b) sell kenaf products; (c) process kenaf; (d) manufacture kenaf or kenaf products; (e) import and export kenaf or kenaf products; (f) cure tobacco; (g) purchase cured tobacco; (h) manufacture tobacco or tobacco products; (i) blend tobacco; or (j) distribute tobacco or tobacco products, without a valid licence issued under this Act. (2) No person shall sell or purchase uncured tobacco unless he has obtained a written approval from the Board. (3) No person shall act for or on behalf of a licensee in respect of any activities specified in subsection (1) without a certificate of authorization issued by the Director General. (4) No licence is required to be issued under this Act for the manufacturing of tobacco products or kenaf products where a manufacturing licence has been issued under the Industrial Coordination Act 1975 [Act 156]. (5) Any person who contravenes subsection (1) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (6) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Pelesenan, kelulusan dan perakuan kebenaran

(1) Tiada seorang pun boleh— (a) membeli kenaf; (b) menjual keluaran kenaf; (c) memproses kenaf; (d) mengilang kenaf atau keluaran kenaf; (e) mengimport dan mengeksport kenaf atau keluaran kenaf; (f) mengawet tembakau; (g) membeli tembakau diawet; (h) mengilang tembakau atau keluaran tembakau; (i) mengadun tembakau; atau (j) mengedarkan tembakau atau keluaran tembakau, tanpa suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini. (2) Tiada seorang pun boleh menjual atau membeli tembakau belum diawet melainkan jika dia telah mendapat suatu kelulusan bertulis daripada Lembaga. (3) Tiada seorang pun boleh bertindak untuk atau bagi pihak seorang pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tanpa suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah. (4) Tiada lesen diperlukan untuk dikeluarkan di bawah Akta ini bagi pengilangan keluaran tembakau atau keluaran kenaf jika suatu lesen mengilang telah dikeluarkan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156]. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 692 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next