My bookmarksSign up free
← National Kenaf and Tobacco Board Act 2009

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 59

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 59

s 59 Search and seizure without warrant

Whenever an authorized officer has reasonable cause to believe that any kenaf, kenaf product, tobacco, tobacco product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article in respect of which an offence under this Act or the rules or regulations has been committed is likely to be found in or on any premises, person, vehicle, vessel or conveyance and that by reason of delay in obtaining a warrant under section 58 the object of the search may be frustrated, he may, without warrant, with such assistance and force as is necessary— (a) enter and search such premises; (b) stop and search such person, vehicle, vessel or conveyance; (c) inspect any kenaf, kenaf product, tobacco, tobacco product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article as he considers necessary; (d) verify the accuracy of records, statements or any information given to an authorized officer or to the Board; (e) collect samples of any kenaf, kenaf product, tobacco or tobacco product; or (f) seize any kenaf, kenaf product, tobacco, tobacco product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article which may be found and may be evidence of the commission of such offence.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana premis, orang, kenderaan, vesel atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 58 tujuan penggeledahan itu akan terjejas, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu— (a) memasuki dan menggeledah premis itu; (b) menahan dan menggeledah mana-mana orang, kenderaan, vesel atau pengangkut; (c) memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu; (d) menentusahkan ketepatan rekod, pernyataan atau manamana maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; (e) mengutip sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; atau (f) menyita mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 692 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next