My bookmarksSign up free
← National Kenaf and Tobacco Board Act 2009

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 63

National Kenaf and Tobacco Board Act 2009 s 63

s 63 Power to stop, search and seize conveyances

(1) If an authorized officer has reasonable cause to suspect that any conveyance is carrying any kenaf, kenaf product, tobacco, tobacco product, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or any other article in respect of which an offence under this Act is being or has been committed, he may stop and examine the conveyance and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such conveyance is or has been used for the commission of such offence, seize such conveyance and any kenaf, kenaf product, tobacco, tobacco product, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article found in the conveyance that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence. (2) The person in control or in charge of the conveyance shall, if required to do so by an authorized officerβ€” (a) stop the conveyance and allow the authorized officer to examine it; and (b) open all parts of the conveyance for examination and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of such examination as the authorized officer considers necessary. (3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

(1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (2) Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasaβ€” (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksa pengangkut itu; dan (b) membuka semua bahagian pengangkut itu bagi pemeriksaan dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sedemikian sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 692 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 October 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next