My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 21

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 21

s 21 Bribery of officer of public body

Any person who offers to an officer of any public body, or being an officer of any public body solicits or accepts, any gratification as an inducement or a reward for— (a) the officer voting or abstaining from voting at any meeting of the public body in favour of or against any measure, resolution or question submitted to the public body; (b) the officer performing or abstaining from performing or aiding in procuring, expediting, delaying, hindering or preventing the performance of, any official act; (c) the officer aiding in procuring or preventing the passing of any vote or the granting of any contract or advantage in favour of any person; or (d) the officer showing or forbearing to show any favour or disfavour in his capacity as such officer, commits an offence, notwithstanding that the officer did not have the power, right or opportunity so to do, show or forbear, or accepted the gratification without intending so to do, show or forbear, or did not in fact so do, show or forbear, or that the inducement or reward was not in relation to the affairs of the public body.

Malay text (authoritative)

Penyogokan pegawai badan awam

Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang pegawai mana-mana badan awam, atau, sebagai seorang pegawai mana-mana badan awam, meminta atau menerima, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah supaya— (a) pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi menyokong atau menentang apa-apa langkah, ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada badan awam itu; (b) pegawai itu melaksanakan atau tidak melaksanakan atau membantu dalam mendapatkan, mencepatkan, melambatkan, merintangi atau menghalang pelaksanaan, apa-apa perbuatan rasmi; (c) pegawai itu membantu dalam mendapatkan atau menghalang pelulusan apa-apa undi atau pemberian apaapa kontrak atau faedah untuk mana-mana orang; atau (d) pegawai itu memberikan atau tidak memberikan apa-apa sokongan atau tentangan atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, melakukan suatu kesalahan, walaupun pegawai itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian, atau menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian, atau telah tidak sebenarnya berbuat demikian, memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian, atau walaupun dorongan atau upah itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal badan awam itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next