My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 37

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 37

s 37 Order not to part with, deal in, movable property in financial institution, etc.

(1) Where the Public Prosecutor is satisfied on information given to him by an officer of the Commission that any movable property, including any monetary instrument or any accretion thereto, which is the subject matter of an offence under this Act or evidence in relation to the commission of such offence, is in the possession, custody or control of a financial institution, he may, notwithstanding any other written law or rule of law, by order direct the financial institution not to part with, deal in, or otherwise dispose of such property or any part thereof until the order is revoked or varied. (1A) An officer of the Commission shall forthwith notify Bank Negara Malaysia, the Securities Commission or the Labuan Financial Services Authority, as the case may be, of any order made under subsection (1). (2) A financial institution or any agent or employee of a financial institution shall not, on account of such compliance, be liable to any prosecution under or by virtue of any law or to any proceeding or claim by any person under or by virtue of any law or under or by virtue of any contract, agreement, or arrangement, or otherwise. (3) A person who fails to comply with an order of the Public Prosecutor under subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding two times the amount which was paid out in contravention of the Public Prosecutor’s order or fifty thousand ringgit, whichever is the higher, and to imprisonment for a term not exceeding two years.

Malay text (authoritative)

Arahan untuk tidak melepaskan, berurusan tentang, harta alih di institusi kewangan, dsb.

(1) Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai Suruhanjaya bahawa apa-apa harta alih, termasuk apa-apa instrumen wang atau apa-apa pertambahan kepadanya, yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu, ada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu institusi kewangan, dia boleh, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain atau rukun undang-undang, dengan perintah mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang, atau selainnya melupuskan harta itu atau mana-mana bahagiannya sehingga perintah itu dibatalkan atau diubah. (1A) Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan segera memberitahu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1). (2) Sesuatu institusi kewangan atau mana-mana ejen atau pekerja sesuatu institusi kewangan tidak boleh, oleh sebab pematuhan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian, atau perkiraan, atau selainnya. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda amaun yang dibayar dengan melanggar perintah Pendakwa Raya itu atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 694 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next