Witness Protection Act 2009 s 13
s 13 Action where a witness is included in the Programme
(1) The Director General shall take such actions, as he considers necessary and reasonable, to protect the safety and welfare of participant.
(2) The action may include—
(a) providing accommodation for the participant;
(b) relocating the participant;
(c) applying for any document necessary to allow the participant to establish a new identity;
(d) providing transport for the transfer of the property of the participant;
(e) providing payment equivalent to the remuneration that the participant was receiving before being included in the Programme including any increment to the remuneration which the participant would have been entitled to, if he was not included in the Programme;
(f) where the participant is unemployed before being included in the Programme, providing payments to the participant for the purpose of meeting the reasonable living expenses of the participant including, where appropriate, living expenses of the family of the participant and providing, whether directly or indirectly, other reasonable financial assistance;
(g) providing payments to the participant for the purpose of meeting costs associated with relocation;
(h) providing assistance to the participant in obtaining employment or access to education;
(i) providing other assistance to the participant with a view to ensuring that the participant becomes self-supporting; and
(j) any other action that the Director General considers necessary.
(3) Notwithstanding any written law to the contrary, there shall be no relocation of any participant by the Director General under paragraph (2)(b)—
(a) to the State of Sabah from any place outside the State of Sabah; and
(b) to the State of Sarawak from any place outside the State of Sarawak.
(4) Where the Director General makes a request to any person, having the power or duty under any other written law to issue birth certificate, identity card, marriage certificate or any other document relating to the identity of a participant, to issue a new document necessary to allow the participant to establish a new identity, such person shall comply with the request.
(5) The Director General shall not apply for any document to allow a participant to establish a new identity under paragraph (2)(c) unless he has obtained a written consent from the participant.
(6) The Director General may permit his officer to use assumed names in carrying out their duties in relation to the Programme and to carry documentation supporting those assumed names.
Malay text (authoritative)
Tindakan jika seseorang saksi dimasukkan ke dalam Program
(1) Ketua Pengarah hendaklah mengambil apa-apa tindakan, sebagaimana yang didapatinya perlu dan munasabah, untuk melindungi keselamatan dan kebajikan seseorang peserta.
(2) Tindakan itu boleh termasuk—
(a) menyediakan tempat tinggal untuk peserta itu;
(b) menempatkan semula peserta itu;
(c) memohon bagi apa-apa dokumen yang perlu untuk membolehkan peserta itu mewujudkan suatu identiti baharu;
(d) menyediakan pengangkutan bagi memindahkan harta peserta itu;
(e) memberikan pembayaran yang bersamaan dengan saraan yang diterima oleh peserta itu sebelum dimasukkan ke dalam Program termasuk apa-apa kenaikan kepada saraan itu yang peserta itu sepatutnya berhak menerima, jika dia tidak dimasukkan ke dalam Program;
(f) jika peserta itu tidak bekerja sebelum dimasukkan ke dalam Program, memberikan pembayaran kepada peserta itu bagi maksud memenuhi perbelanjaan sara hidup yang munasabah peserta itu termasuk, jika sesuai, perbelanjaan sara hidup keluarga peserta itu dan memberikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bantuan kewangan lain yang munasabah;
(g) memberikan pembayaran kepada peserta itu bagi maksud memenuhi kos yang berkaitan dengan penempatan semula;
(h) memberikan bantuan kepada peserta itu dalam mendapatkan pekerjaan dan akses kepada pendidikan;
(i) memberikan bantuan lain kepada peserta itu dengan tujuan untuk memastikan bahawa peserta menjadi dapat menyara diri; dan
(j) apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah.
(3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tiada penempatan semula mana-mana peserta boleh dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (2)(b)—
(a) ke Negeri Sabah dari mana-mana tempat di luar Negeri Sabah; dan
(b) ke Negeri Sarawak dari mana-mana tempat di luar Negeri Sarawak.
(4) Jika Ketua Pengarah membuat permintaan kepada manamana orang, yang mempunyai kuasa atau kewajipan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mengeluarkan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan atau apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan identiti seseorang peserta, untuk mengeluarkan suatu dokumen baharu yang perlu untuk membolehkan peserta itu mewujudkan suatu identiti baharu, orang itu hendaklah mematuhi permintaan itu.
(5) Ketua Pengarah tidak boleh memohon bagi apa-apa dokumen untuk membolehkan seseorang peserta mewujudkan suatu identiti baharu di bawah perenggan (2)(c) melainkan jika dia telah mendapat keizinan bertulis peserta itu.
(6) Ketua Pengarah boleh membenarkan pegawainya menggunakan nama samaran dalam menjalankan kewajipan mereka berhubung dengan Program dan untuk membawa dokumen yang menyokong nama samaran itu.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 696 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).