My bookmarksSign up free
← Witness Protection Act 2009

Witness Protection Act 2009 s 20

Witness Protection Act 2009 s 20

s 20 Identity of participant not to be disclosed in court proceedings

(1) Where in any proceedings in a court, tribunal, Commission or an inquiry, the identity of a participant is in issue or may be disclosed, the court, tribunal, Commission or inquiry shall, unless it considers that the interest of justice requires otherwise— (a) conduct that part of the proceedings that relates to the identity of the participant in camera; and (b) make such order relating to the suppression of publication of evidence given before the court, tribunal, Commission or inquiry as, in its opinion, will ensure that the identity of the participant is not disclosed. (2) Any person who contravenes paragraph (1)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Identiti peserta tidak boleh didedahkan dalam prosiding mahkamah

(1) Jika dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan, identiti seseorang peserta menjadi isu atau mungkin didedahkan, mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan itu hendaklah, melainkan jika mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan itu mendapati bahawa kepentingan keadilan menghendaki selainnya— (a) menjalankan bahagian prosiding itu yang berkaitan dengan identiti peserta itu secara tertutup; dan (b) membuat apa-apa perintah yang berhubungan dengan penyekatan penerbitan keterangan yang diberikan di hadapan mahkamah, tribunal, Suruhanjaya atau siasatan itu sebagaimana yang, pada pendapatnya, akan memastikan bahawa identiti peserta itu tidak didedahkan. (2) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 696 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next