My bookmarksSign up free
← Feed Act 2009

Feed Act 2009 s 28

Feed Act 2009 s 28

s 28 Power to stop, search and seize conveyances

(1) If an authorized officer has reasonable cause to suspect that any conveyance is carrying any feed, feed additive, receptacle, package, book, document or other thing in respect of which an offence under this Act or any regulations made under this Act, is being or has been committed, he may stop and examine the conveyance and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such conveyance is or has been used for the commission of such offence, seize the conveyance and any feed, feed additive, receptacle, package, book, document or other thing found in the conveyance that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence. (2) The person in control or in charge of the conveyance shall, if required to do so by the authorized officerβ€” (a) stop the conveyance and allow the authorized officer to examine it; and (b) open all parts of the conveyance for examination and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of such examination as the authorized officer considers necessary. (3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

(1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut membawa apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika pada pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan apa-apa makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan, bekas, bungkusan, buku, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa ituβ€” (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa itu memeriksa pengangkut itu; dan (b) membuka semua bahagian pengangkut itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 698 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next