Feed Act 2009 s 44
s 44 Information and informer not to be disclosed
(1) Except as provided in this section, no witness in any civil or criminal proceedings pursuant to this Act shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer or the substance and nature of the information received from him or state any matter which might lead to his discovery.
(2) If a book or document which is in evidence or is liable to inspection in any civil or criminal proceedings contains any entry which might lead to his discovery, the court shall cause all such entries to be concealed from view or to be obliterated so far as may be necessary to protect the informer from discovery.
(3) If in a trial for an offence under this Act the court, after full inquiry into the case, is of the opinion that the informer willfully made in his complaint a material statement which he
knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties to the proceedings without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit an inquiry and require full disclosure concerning the informer.
Malay text (authoritative)
Maklumat dan pemberi maklumat tidak boleh didedahkan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah menurut Akta ini boleh dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.
(2) Jika sesuatu buku atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua catatan itu ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
(3) Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, maka sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 698 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).