My bookmarksSign up free
← Feed Act 2009

Feed Act 2009 s 53

Feed Act 2009 s 53

s 53 Power to make regulations

(1) The Minister may, after consulting the Board, make such regulations as may be necessary or expedient for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act. (2) In particular, and without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made for the following purposes: (a) to prescribe the analyst’s qualifications, conduct and duties; (b) to prescribe all matters relating to application, renewal, suspension and revocation of licence to import feed or feed additive; (c) to prescribe the terms, conditions and restrictions of licence to import feed or feed additive; (d) to prescribe all matters relating to feed specifications and standards and make provisions for giving effect to such specifications and standards; (e) to prescribe all matters relating to the transporting, storing, keeping, labelling and packaging of feed or feed additive; (f) to prescribe all matters relating to the use of feed additive, antibiotics, hormones or other chemicals; (g) to regulate the manufacture, sale, advertisement and use of feed or feed additive; (h) to prescribe the method of analysis of feed and the form of certificate of analysis; (i) to designate laboratories and provide for its functions; (j) to prescribe the fees payable under this Act; (k) to prescribe the offences which may be compounded; and (l) to provide for such other matters as are contemplated by, or necessary for giving full effect to, the provisions of this Act and for their due administration. (3) The regulations made under subsection (2) may prescribe any act in contravention of the regulations to be an offence and may prescribe penalties of a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding two years or both for such offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut: (a) untuk menetapkan kelayakan, kelakuan dan tugas juruanalisis; (b) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permohonan, pembaharuan, penggantungan dan pembatalan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan; (c) untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan bagi lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan; (d) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan spesifikasi dan piawaian makanan haiwan dan membuat peruntukan untuk melaksanakan spesifikasi dan piawaian itu; (e) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengangkutan, penstoran, penyimpanan, pelabelan dan pembungkusan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan; (f) untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penggunaan bahan tambahan makanan haiwan, antibiotik, hormon atau bahan kimia lain; (g) untuk mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan dan penggunaan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan; (h) untuk menetapkan kaedah menganalisis makanan haiwan dan bentuk perakuan analisis; (i) untuk menetapkan makmal dan mengadakan peruntukan bagi fungsinya; (j) untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini; (k) untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; dan (l) untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 698 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next