My bookmarksSign up free
← Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identification Act 2009

Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identification Act 2009 s 13

Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identification Act 2009 s 13

s 13 Taking of non-intimate sample

(1) The procedures for the taking of a non-intimate sample of any person under this Act shall be in accordance with the provisions of this section and as prescribed. (2) A non-intimate sample of— (a) a person reasonably suspected of having committed an offence; (b) a detainee; or (c) a drug dependant, may be taken only if an authorized officer authorizes it to be taken. (3) An authorized officer shall only give his authorization under subsection (2) if— (a) he has reasonable grounds for— (i) suspecting that the person from whom the non-intimate sample is to be taken has committed an offence; and (ii) believing that the sample will tend to confirm or disprove the commission of the offence by that person; (b) an arrest has been effected on or a detention order has been made against a detainee; or (c) an order or a decision has been made pursuant to the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 against a drug dependant. (4) An authorized officer— (a) shall give his authorization under subsection (2) in writing; or (b) where it is impracticable to comply with paragraph (a), may give such authorization orally, in which case he must confirm it in writing as soon as possible. (5) The person from whom a non-intimate sample is taken shall be entitled to the information derived from the analysis of the sample taken from him. (6) A non-intimate sample shall only be taken by— (a) a government medical officer; or (b) a police officer or a chemist. (7) If a person from whom a non-intimate sample is to be taken under this Act refuses to give the sample or refuses to allow the sample to be taken from him without good cause or the sample cannot be obtained despite all reasonable efforts taken, that person may be taken before a magistrate and the magistrate may, if satisfied that there is reasonable cause to believe that the sample tends to confirm or disprove the commission of an offence by that person, order that person to provide his nonintimate sample.

Malay text (authoritative)

Pengambilan sampel bukan intim

(1) Tatacara pengambilan suatu sampel bukan intim mana-mana orang di bawah Akta ini hendaklah mengikut peruntukan seksyen ini dan sebagaimana yang ditetapkan. (2) Suatu sampel bukan intim— (a) seorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan; (b) orang tahanan; atau (c) penagih dadah, hanya boleh diambil jika seseorang pegawai diberi kuasa membenarkan sampel bukan intim itu diambil. (3) Seorang pegawai diberi kuasa hanya boleh memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) jika— (a) dia mempunyai alasan yang munasabah untuk— (i) mengesyaki bahawa orang yang daripadanya sesuatu sampel bukan intim akan diambil telah melakukan suatu kesalahan; dan (ii) mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu; (b) suatu tangkapan telah dibuat atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan; atau (c) suatu perintah atau keputusan telah dibuat menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 terhadap seseorang penagih dadah. (4) Seorang pegawai diberi kuasa— (a) hendaklah memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (2) secara bertulis; atau (b) jika tidak dapat dilaksanakan bagi mematuhi perenggan (a), boleh memberikan kebenaran itu secara lisan, dalam hal itu dia mestilah mengesahkan kebenaran itu secara bertulis secepat yang mungkin. (5) Seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim diambil adalah berhak kepada maklumat yang diperoleh daripada analisis sampel yang diambil daripadanya. (6) Suatu sampel bukan intim hendaklah hanya diambil oleh— (a) seorang pegawai perubatan kerajaan; atau (b) seorang pegawai polis atau seseorang ahli kimia. (7) Jika seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim hendaklah diambil di bawah Akta ini enggan untuk memberikan sampel itu atau enggan untuk membenarkan sampel itu diambil daripadanya tanpa sebab yang baik atau sampel itu tidak dapat diperoleh walaupun segala usaha yang munasabah diambil, orang itu boleh dibawa di hadapan seorang majistret dan majistret itu boleh, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sampel itu berkecenderungan untuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan orang itu, memerintahkan orang itu untuk memberikan sampel bukan intimnya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 699 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next