Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969 s 11
Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969 s 11
s 11 Proof of previous convictions outside the Federation
(1) A previous conviction in any country or part of a country (in respect of which an order has been made under section 4) outside the Federation may be proved by the production of certificates by an authorized officer certifying that the finger impressions of an accused person have been compared with those of a previously convicted person and that they belong to the one and same person.
(2) For the purpose of this section “authorized officer” means a person or authority authorized by the government of the country or part of a country to keep and maintain finger impressions and other particulars deemed to be registrable particulars pursuant to section 4.
(3) Any certificate issued by the authorized officer shall unless the contrary is proved be evidence of all the matters
described therein including the signature and authority of the authorized officer.
Malay text (authoritative)
Bukti mengenai sabitan dahulu yang di luar Persekutuan
(1) Suatu sabitan yang dahulu dalam sesuatu negara atau di dalam mana-mana bahagian sesuatu negara (yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 4) di luar Persekutuan boleh dibuktikan dengan pengemukaan perakuan yang dibuat oleh seseorang pegawai yang berkuasa yang memperakui bahawa cap jari seseorang tertuduh telah dibandingkan dengan cap jari seseorang yang telah disabitkan dahulunya dan bahawa cap jari itu ialah cap jari orang itu juga.
(2) Bagi maksud seksyen ini “pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang dibenarkan oleh kerajaan negara itu atau kerajaan mana-mana bahagian sesuatu negara untuk menyimpan dan menyenggarakan cap jari dan butir-butir lain yang disifatkan sebagai butir-butir boleh daftar menurut seksyen 4.
(3) Apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai yang berkuasa hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, menjadi keterangan mengenai semua perkara yang diperihalkan dalamnya termasuk tandatangan dan kuasa pegawai yang berkuasa itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).