Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 14
s 14 Officers and staff of the Commission
(1) There shall be appointed such number of officers and staff of the Commission as may be necessary to assist the Commission in discharging its functions effectively and efficiently and for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act.
(2) The Commission may appoint any officers from any enforcement agency on secondment basis to be its investigators.
(3) The Commission may appoint such number of legal officers as may be necessary who shall be seconded from amongst officers of the Judicial and Legal Service or appointed from amongst advocates and solicitors to assist the Commission.
(4) An officer of the Commission having directly or indirectly, by himself, a member of his family or his associate, any interest or connection to an enforcement officer under investigation by the Commission shall disclose his interest or connection forthwith to a Commissioner and shall not be involved in any investigation conducted by the Commission as regards that enforcement officer.
(5) The Commission may, with the approval of the Yang di- Pertuan Agong, make regulations with respect to the conditions of service of its officers and staff.
Malay text (authoritative)
Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya
(1) Maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan Suruhanjaya yang perlu untuk membantu Suruhanjaya dalam menunaikan fungsinya dengan berkesan dan efisien dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi penguatkuasaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya.
(3) Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam dari kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau dilantik dari kalangan peguam bela dan peguam cara untuk membantu Suruhanjaya.
(4) Seseorang pegawai Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan seseorang pegawai penguat kuasa yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada seorang Pesuruhjaya dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan pegawai penguat kuasa itu.
(5) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangannya.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).