My bookmarksSign up free
← Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 2

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “enforcement agency” means— (a) any Ministry, Department, Agency or other body set up by the Federal Government, including a unit, section, division, department or agency of such Ministry, Department, Agency or body, conferred with enforcement functions by any written law or having enforcement powers; (b) a body established by a Federal law which is conferred with enforcement functions by that Federal law or any other written law; or (c) a unit, section, division, department or agency of a body established by Federal law having enforcement functions; “Complaints Committee” means the Complaints Committee established under section 16; “disciplinary offence” includes any act or inaction that constitutes or may constitute grounds for disciplinary action under any written law; “Task Force” means a Task Force established under section 17; “enforcement officer” means an officer of— (a) an enforcement agency; or (b) the joint service established under Article 133 of the Federal Constitution who is performing an enforcement function; “Commissioner” means the Chairman, Deputy Chairman and other Commissioner appointed under section 5; “Disciplinary Authority”, in relation to an enforcement officer in— (a) a Federal Ministry, means the appropriate Disciplinary Authority established under Part X of the Federal Constitution but does not include the Armed Forces Council established under Article 137 of the Federal Constitution; (b) a Federal statutory body, means the Disciplinary Authority established— (i) under the Federal law in force relating to the discipline of, and the imposition of surcharge on, officers of statutory bodies; or (ii) by any law by which a statutory body is incorporated; or (c) a joint service pursuant to Article 133 of the Federal Constitution, means the Disciplinary Authority established under Article 139 of the Federal Constitution; “misconduct” means any act or inaction as specified in section 24; “Commission” means the Enforcement Agency Integrity Commission established under section 3.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “agensi penguatkuasaan” ertinya— (a) mana-mana Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, termasuklah suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan itu, yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penguatkuasaan; (b) suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh undang-undang Persekutuan itu atau mana-mana undangundang bertulis yang lain; atau (c) suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang mempunyai fungsi penguatkuasaan; “Jawatankuasa Aduan” ertinya Jawatankuasa Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 16; “kesalahan tatatertib” termasuklah apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang membentuk atau boleh membentuk alasan bagi tindakan tatatertib di bawah mana-mana undang-undang bertulis; “Pasukan Petugas” ertinya suatu Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah seksyen 17; “pegawai penguat kuasa” ertinya seorang pegawai— (a) sesuatu agensi penguatkuasaan; atau (b) perkhidmatan bersama yang ditubuhkan di bawah Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan; “Pesuruhjaya” ertinya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Pesuruhjaya lain yang dilantik di bawah seksyen 5; “Pihak Berkuasa Tatatertib”, berhubung dengan seseorang pegawai penguat kuasa dalam— (a) suatu Kementerian Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah Bahagian X Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak termasuk Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan; (b) suatu badan berkanun Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan— (i) di bawah undang-undang Persekutuan yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatatertib, dan pengenaan surcaj ke atas, pegawai badan berkanun; atau (ii) oleh mana-mana undang-undang yang dengannya badan berkanun itu diperbadankan; atau (c) suatu perkhidmatan bersama menurut Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan; “salah laku” ertinya apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang dinyatakan dalam seksyen 24; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next