My bookmarksSign up free
← Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 24

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 24

s 24 Scope of misconduct

(1) The Commission may receive, or be referred, complaints on the following: (a) any act or inaction by an enforcement officer which is contrary to any written law; (b) any act or inaction of an enforcement officer which, in the opinion of the Commission, is unreasonable, unjust, oppressive or improperly discriminatory; (c) any act or inaction of an enforcement officer which is, in the opinion of the Commission, committed on improper motives, irrelevant grounds or irrelevant consideration; (d) any act or inaction of an enforcement officer which is based on a mistake of law or fact; (e) any act or inaction of an enforcement officer of which grounds should have been given but were not given; (f) the failure of an enforcement officer to follow rules and procedures laid down by law or by the appropriate authority; and (g) the commission of any criminal offence by an enforcement officer. (2) The misconduct of an enforcement officer may be investigated by the Commission notwithstanding that— (a) the act or inaction also involves persons who are not enforcement officers; or (b) the act or inaction occurs while the enforcement officer was not on official duty.

Malay text (authoritative)

Ruang lingkup salah laku

(1) Suruhanjaya boleh menerima, atau dirujukkan, aduan mengenai yang berikut: (a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis; (b) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; (c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang, pada pendapat Suruhanjaya, dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan; (d) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berdasarkan kesilapan undang-undang atau fakta; (e) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang alasan patut diberikan tetapi tidak diberikan; (f) kegagalan pegawai penguat kuasa untuk mengikuti kaedah-kaedah dan tatacara yang ditetapkan oleh undangundang atau oleh pihak berkuasa yang berkenaan; dan (g) perlakuan apa-apa kesalahan jenayah oleh pegawai penguat kuasa. (2) Salah laku pegawai penguat kuasa boleh disiasat oleh Suruhanjaya walaupun— (a) tindakan yang diambil atau tidak diambil itu turut melibatkan orang yang bukan pegawai penguat kuasa; atau (b) tindakan yang diambil atau tidak diambil itu berlaku semasa pegawai penguat kuasa itu tidak bertugas secara rasmi.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next