Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 26
Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 26
s 26 Findings of the Complaints Committee
(1) Where the Complaints Committee is satisfied that a disciplinary offence is disclosed and that the complaint would be better dealt with by the appropriate Disciplinary Authority, the Complaints Committee shall immediately make a report to the Commission of the complaint together with a recommendation to refer the complaint to the appropriate Disciplinary Authority for the Commission’s consideration.
(2) Where the Complaints Committee is satisfied that an offence under Part IV of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 is disclosed, the Complaints Committee shall immediately make a report to the Commission of the complaint together with a recommendation to refer the complaint to the Malaysian Anti-Corruption Commission for the Commission’s consideration.
(3) Where the Complaints Committee is satisfied that a misconduct as specified in section 24 is disclosed and that there is a basis for the Commission to commence a full investigation, the Complaints Committee shall immediately make a report to the Commission of the complaint together with a recommendation for the Commission to commence a full investigation into the misconduct for its consideration.
(4) Where the Complaints Committee is satisfied that—
(a) the complaint does not fall within the scope of misconduct as specified in section 24;
(b) the complaint is of a frivolous or vexatious nature, or it was not made in good faith;
(c) the subject matter of the complaint is trivial;
(d) the misconduct complained of occurred too remote a time to justify an investigation;
(e) there is or was available to the complainant an alternative and satisfactory means of redress; or
(f) the subject matter of the complaint has been finally determined by any court or is the subject matter of any proceedings pending in any court, including any appeal proceedings,
the Complaints Committee shall make a report to the Commission of the complaint and its finding, including the grounds for its finding, and make a recommendation for the Commission to reject the complaint.
Malay text (authoritative)
Dapatan Jawatankuasa Aduan
(1) Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan tatatertib dizahirkan dan bahawa aduan itu lebih baik diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk pertimbangan Suruhanjaya.
(2) Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dizahirkan, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk pertimbangan Suruhanjaya.
(3) Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24 dizahirkan dan bahawa terdapat asas bagi Suruhanjaya memulakan suatu penyiasatan sepenuhnya, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor supaya Suruhanjaya memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai salah laku itu untuk pertimbangan Suruhanjaya.
(4) Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa—
(a) aduan itu tidak termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;
(b) aduan itu bersifat remeh atau menyusahkan, atau bahawa aduan itu tidak dibuat dengan suci hati;
(c) hal perkara aduan itu kecil;
(d) salah laku yang diadukan itu telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;
(e) terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; atau
(f) hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan,
maka Jawatankuasa Aduan hendaklah membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu dan dapatannya, termasuk alasan bagi dapatannya, dan membuat syor supaya Suruhanjaya menolak aduan itu.
Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).