Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 29
s 29 Prevention of dual investigation
On being informed by the Commission under subsection 27(4) that the Commission is investigating a complaint of misconduct of a disciplinary nature or a criminal nature, the Disciplinary Authority or the relevant enforcement agency, as the case may be—
(a) shall not conduct any disciplinary proceedings or investigation into a subject matter which is the same subject matter of the complaint of misconduct; or
(b) where a complaint as regards the same subject matter had been made or referred to the Disciplinary Authority or to the enforcement agency by any other person and the Disciplinary Authority or enforcement agency is conducting disciplinary proceedings or an investigation into the complaint against the enforcement officer concerned, shall immediately cease its disciplinary proceedings or investigation into that complaint.
Malay text (authoritative)
Larangan mengenai dua penyiasatan
Apabila dimaklumkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 27(4) bahawa Suruhanjaya sedang menyiasat sesuatu aduan salah laku yang bersifat tatatertib atau bersifat jenayah, Pihak Berkuasa Tatatertib itu atau agensi penguatkuasaan yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a) tidak boleh menjalankan apa-apa prosiding tatatertib atau penyiasatan berkenaan dengan hal perkara yang sama dengan hal perkara aduan salah laku itu; atau
(b) jika sesuatu aduan berkenaan dengan hal perkara yang sama telah dibuat atau dirujukkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib itu atau kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan oleh mana-mana orang lain dan Pihak Berkuasa Tatatertib atau agensi penguatkuasaan itu sedang menjalankan prosiding tatatertib atau penyiasatan berkenaan dengan aduan itu terhadap pegawai penguat kuasa yang berkenaan, hendaklah dengan segera memberhentikan prosiding tatatertibnya atau penyiasatannya berkenaan dengan aduan itu.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).