Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 31
s 31 Powers of the Commission relating to investigation
(1) The Commission shall, for the purposes of an investigation under this Act, have the power—
(a) to conduct hearings if the Commission considers necessary or desirable to do so;
(b) to procure and receive all such evidence, whether written or oral, and to examine all such persons as witnesses as the Commission considers necessary or desirable to procure or examine;
(c) to require the evidence, whether written or oral, of any witnesses to be made on oath or affirmation (such oath or affirmation to be that which could be required of the witness if he was giving evidence in a court of law) or by statutory declaration;
(d) to summon any person residing in Malaysia to attend any meeting or hearing of the Commission to give evidence or produce any document or other thing in his possession;
(e) to issue a warrant of arrest to compel the attendance of any person who, after having been summoned to attend, fails to do so and does not excuse such failure to the satisfaction of the Commission, and to order such person to pay all costs which may have been occasioned in compelling his attendance or by reason of his refusal to obey the summons, and also to fine such person a sum not exceeding five thousand ringgit;
(f) to fine in a sum not exceeding five thousand ringgit any person who, being required by the Commission to give evidence on affirmation or to produce a document or other thing, refuses to do so and does not excuse such refusal to the satisfaction of the Commission;
(g) to admit, notwithstanding any of the provisions of the Evidence Act 1950 [Act 56], any evidence, whether written or oral, which may be inadmissible in civil or criminal proceedings;
(h) to award any person who has attended any meeting or hearing of the Commission such sums as in the opinion of the Commission may have been reasonably incurred by such person by reason of such attendance; and
(i) to admit or exclude the public from such hearing or any part thereof.
(2) Notwithstanding paragraph (1)(d), where a person summoned is a person under detention under any written law, such summons shall be issued in accordance with the laws applicable in relation to the place of detention.
Malay text (authoritative)
Kuasa Suruhanjaya yang berhubungan dengan penyiasatan
(1) Suruhanjaya hendaklah, bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini, mempunyai kuasa—
(a) untuk mengadakan pendengaran jika didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian;
(b) untuk mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk didapatkan atau diperiksa;
(c) untuk menghendaki keterangan mana-mana saksi, sama ada bertulis atau lisan, dibuat atas sumpah atau ikrar (sumpah atau ikrar sedemikian hendaklah seperti sumpah atau ikrar yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang) atau melalui akuan berkanun;
(d) untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya;
(e) untuk mengeluarkan waran penangkapan untuk memaksa kehadiran mana-mana orang yang, selepas dipanggil untuk hadir, tidak berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi ketidakhadiran itu dengan memuaskan Suruhanjaya, dan memerintahkan orang itu supaya membayar semua kos yang mungkin telah ditanggung semasa memaksa kehadirannya atau oleh sebab keengganannya mematuhi saman itu, dan juga untuk mendenda orang itu suatu jumlah yang tidak melebihi lima ribu ringgit;
(f) untuk mengenakan denda yang jumlahnya tidak melebihi lima ribu ringgit ke atas mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atas ikrar atau untuk mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi keengganannya dengan memuaskan Suruhanjaya;
(g) untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah;
(h) untuk mengaward mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Suruhanjaya mungkin telah ditanggung oleh orang itu secara munasabah oleh sebab kehadiran sedemikian; dan
(i) untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai untuk menghadiri pendengaran itu atau mana-mana bahagiannya.
(2) Walau apa pun perenggan (1)(d), jika seseorang yang dipanggil itu ialah orang yang sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang yang terpakai berhubung dengan tempat tahanan itu.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).