My bookmarksSign up free
← Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 39

Enforcement Agency Integrity Commission Act 2009 s 39

s 39 Privileged documents, answers, etc.

(1) A witness summoned to attend or appearing before the Commission at a hearing shall not refuse— (a) to be sworn or to make an affirmation; (b) to answer any question relevant to an investigation put to the witness by a Commissioner at the hearing; or (c) to produce any document or other thing in the custody or control of the witness that the witness is required by the summons or by the Commission to produce. (2) A witness summoned to attend or appearing before the Commission at a hearing is not excused from answering any question or producing any document or other thing on the ground that the answer, document or other thing may incriminate or tend to incriminate the witness, or on any other ground of privilege, duty of secrecy or other restriction on disclosure, or on any other ground. (3) An answer made, or document or other thing produced, by a witness at a hearing before the Commission is not, except as otherwise provided in this section, admissible in evidence against the person in any civil or criminal proceedings, but may be used in deciding whether to make an order for the purpose of any disciplinary proceedings held by the appropriate Disciplinary Authority. (4) Nothing in this section makes inadmissible— (a) any answer, document or other thing in proceedings for an offence against this Act or in proceedings for contempt under this Act; (b) any answer, document or other thing in any civil or criminal proceedings if the witness does not object to giving the answer or producing the document or other thing irrespective of the provisions of subsection (2); or (c) any document in any civil proceedings for or in respect of any right or liability conferred or imposed by the document or other thing.

Malay text (authoritative)

Dokumen, jawapan, dsb., yang terlindung

(1) Seseorang saksi yang dipanggil untuk hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak boleh enggan— (a) untuk mengangkat sumpah atau membuat ikrar; (b) untuk menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang ditanyakan kepada saksi itu oleh Pesuruhjaya di pendengaran itu; atau (c) untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang berada dalam jagaan atau kawalan saksi itu yang dikehendaki oleh saman itu atau oleh Pesuruhjaya supaya dikemukakan oleh saksi itu. (2) Seseorang saksi yang dipanggil hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain atas alasan bahawa jawapan, dokumen atau benda lain itu boleh menunjukkan kesalahan saksi itu atau cenderung untuk menunjukkan kesalahan saksi itu, atau atas apa-apa alasan terlindung yang lain, kewajipan simpan rahsia atau sekatan lain mengenai penzahiran, atau atas apa-apa alasan lain. (3) Sesuatu jawapan yang dibuat, atau dokumen atau benda lain yang dikemukakan, oleh seseorang saksi di sesuatu pendengaran di hadapan Suruhanjaya tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana orang dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, tetapi boleh digunakan untuk memutuskan sama ada untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud apa-apa prosiding tatatertib yang diadakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. (4) Tiada apa-apa dalam seksyen ini menjadikan tidak boleh diterima— (a) apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding untuk penghinaan di bawah Akta ini; (b) apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah jika saksi itu tidak membantah memberikan jawapan atau mengemukakan dokumen atau benda lain walau apa pun peruntukan subseksyen (2); atau (c) apa-apa dokumen dalam apa-apa prosiding sivil bagi atau berkenaan dengan apa-apa hak atau liabiliti yang diberikan atau dikenakan oleh dokumen atau benda lain itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 700 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 8 September 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next